husam dan bidak bidak caturnya

sudah lama husam menyepi dan membiarkan pergerakkan buah caturnya terhenti tanpa ada gerakkan seperti biasa. pelbagai persepsi dilemparkan kepada orang kesayangan tok guru nik aziz ini. yang paling hebat adalah mengulas tentang hanturaya yang beliau tersalah bawak masuk ke dalam PMBK. mungkin ini kesilapan husam yang tak disengajakan atau husam mempunyai strategi yang tak dapat dihidu dan dibaca oleh lawan dan kawan. husam paling cerdik dan paling licik dalam permainan politiknya. husam akan keluar diwaktu yang tidak dijangka dan juga diwaktu musuh merasakan dia dah hampir kecundang. walaupun hanturaya merasakan dia dah tahu segalanya tentang husam dia amat silap kerana walaupun dia memakai baju petak petak dia gagal mengesan dan menghidu kebijaksanaan husam.

hari ini selepas husam menggerakkan buah catur pertamanya, nampaknya hanturayanya bertempik dengan nyaring, dan seperti dijangka oleh semua orang yang husam tak mampu melawan hanturaya itu, percaturan husam menjadi diwaktu ini cikdet menyerang paklah dan husam menggunakan masa yang terbaik ini dengan mengeluarkan peluru pertamanya untuk menembak hanturayanya. tembakan husam mengena kedua dua makhluk ini. cikdet dan kikdeliar. duit rm4 juta itu mungkin dari kem yang membenci mantan paklah. mereka yang membenci paklah sanggup berbelanja sebanyak rm4 juta demi menjalankan agenda menjatuhkan paklah dari kerusi pm.

mungkin husam dan mengetahui pergerakkan hanturaya dia. dan husam tahu hanturayanya akan menyerang dia kembali, husam bijak menimbulkan persepsi yang dia lemah bila berhadapan dengan hanturayanya. dan apabila hanturayanya menyerang menantu tok guru nik aziz dan akhirnya menyerang tok guru nik aziz sendiri, husam berdiam diri sehingga menunggu masa sesuai untuk membedil kembali. umno berdiam diri bila husam memberikan penjelasan tentang rm4 juta dan ada lagi rm4juta untuk menjatuhkan pm sekarang. begitu murahnya menjatuhkan pm malaysia. pakai wordpress yang percuma pun boleh menjatuhkan pm, dan ada yang pakai blogspot free nak jatuhkan tok guru haji hadi.

Ulasan