dewan himpunan penyokong pas (DHPP)

semalam berlangsung pelancaran dewan himpunan penyokong pas yang mempunyai keahlian lebih dari 20,000 orang diseluruh negara. pelancaran dhpp membuka lembaran baru dan jambatan yang lebih kukuh daripada yang sedia ada. dewan himpunan ini akan berfungsi sepertimana dewan pemuda, dewan muslimat dan juga dewan ulamak. setelah melalui perjalanan jauh yang penuh dengan onak dan ranjau yang menghalang perlaksanaan ini akhirnya tok guru haji hadi melancarkan dhpp dengan rasminya semalam. dewan ini akan mewakili kaum bukan islam dan akan berada disetiap cawangan pas diseluruh negara. semoga dengan pelancaran dhpp ini akan memberikan impak yang lebih besar dalam mewarnai politik tanah air.

pas semakin diterima baik oleh masyarakat malaysia, pas perlu hadir dengan kukuh ditengah tengah persada politik tanahair. pas perlu lebih berwibawa dari umno. pas dilihat lebih relevan sekarang untuk menerajui putrajaya. walaupun diperingkat permulaan ini ahli pas dan penyokong pas akan merasa janggal kerana dimasa masa akan datang akan ada dari kaum bukan melayu yang hadir dalam mesyuarat ahli jawatankuasa pas cawangan atau pas bahagian. mungkin dipantai barat tidak terasa sangat. dipantai timur mungkin lebih terasa kehadiran dewan perhimpunan penyokong pas.
dhpp akan lebih tersusun selepas organisasi ini selepas disahkan oleh pas. Tetapi dengan adanya DHPP, sayap baru itu boleh memainkan peranan mereka menarik bukan Islam bersama-sama parti. PAS dilihat cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

Ulasan