statistik menakutkan

hari ni baru aku ada peluang merayau rayau dalam alam maya, dah lama tak merayau, banyak berita tak dapat aku baca, aku update info terkini dalam blog ini untuk memberitahu pengunjung blog ini merasai apa yang petugas disini rasai, mungkin next time penjengah blog ini akan hadir sama memberikan bantuan dan menghulurkan tangan untuk berganding melawan umbo dan barisan nasional, tapi yang aku nak cakap, banyak benda pahit dari benda manis. tapi yang pahit tu ubat sebenarnya, kalu nak ubat pi minum kayukelat, rebus minum, aku rasa dia pun dah sampai kerana pas terengganu dah kerahkan askar askar kerahan supaya terjun kesini, sorry kayukelat kalu hang ada pun depan aku aku tak kenai hang dan hang tak kenai aku, yang pasti kau dan aku seronok melawan umno barisan nasional, kalah dan menang tu dah biasa dah. yang tak biasa kalah pasreform, kalah je nak tukar semua sekali, rumah pun nak bakar.

banyak blog mewar warkan statistik dari zentrum future studies, ketua dia prof abu hassan hasbullah, dia ni yang pas jemput dulu dengan aziz bahri, cukup cukup dia balun pas, aku tak setuju dengan dia tapi aku diam aje, nanti ada orang kata orang pas macam aku tak reti nak menghormati tetamu, menurut kajian zentrum ni, pakatan rakyat mendahului 60% di hulu selangor. tinggi ni wehhh, aku cukup takut dengan statistik ini, walaupun mungkin orang kata future studies ni agak tepat tapi aku tetap takut dan berdebar debar dalam hati,

apa yang paling aku takutkan berita ini akan tersebar cepat ke markas, bilik gerakan dan bangsal panas peti undi akan menyebabkan suasana kempen akan mengendur, uihhh dah banyak tu, dah boleh menang dah ni, aku cukup takut dengan situasi ini dan berita yang paling aku tak suka, walaupun statistik ini mengembirakan penyokong pakatan rakyat, tapi bagi diri aku, fakta ini akan melemahkan semangat dan moral perayu perayu undi kerana mereka berada dalam zone selesa. aku kalau boleh sampai hari mengundi statistik masih menunjukkan 50 -50 itu lebih baik, bila 50-50 perayu perayu undi akan lebih bersemangat untuk merayu undi dan membuatkan pengundi masih lagi dalam jagaan kita, jika berada dalam keadaan selesa bermakna tiada lagi kerja kerja yang boleh meningkatkan daya juang.

umno dan barisan nasional yang suka berada dalam zone selesa dah mengubah cara ini, mereka mula dah mendekati peneroka -peneroka felda yang mana dulu umno buat peneroka peneroka ini warganegara kelas kedua. zone selesa mereka dan mulai panas, mereka yakin dan percaya kalau mereka percaya peneroka masih lagi bersama mereka, mimpi ngeri akan bermula buat mereka. aku tengok umno dah mulai memahami bahawa zone selesa mereka dah mula menjauhkan diri dari mereka, tiada lagi istilah kubu kebal, semua dah mulai lebur sedikit demi sedikit.

bangunlah wahai saudara saudara ku, kita masih lagi dalam keadaan yang memerlukan kerja keras dan kuat, kepintaran saudara saudara diperlukan, tenaga dan semangat saudara semua waktu ini hendaklah fokus sehingga tamat pada pukul 5.00petang pada 25 april 2010. inilah tujuan kita hadir disini, tiada zone selesa buat kita, kajian tak memberikan kita mimpi indah, dan jika kita suka bermimpi kita akan ketinggalan, bangun dari mimpi indah hadapilah realiti yang belum menjanjikan apa apa kebahagiaan buat kita. lunaskan janji kita dulu sebelum bergembira, kalau pkr menang dihulu selangor, kita balik ganu kita bereskan lembu 4 5 ekor, ini bukan masa lagi bergembira. tingkatkan kempen dan berdoalah kepada allah semoga allah memberikan kita kemenangan di hulu selangor. takbirrrrrrrr

Ulasan

  1. lim kit siang plak kata
    kalau nak menang pkr kena dapakan undi cina 85%
    banyak tu

    so thats y statistik dr google tu jgn dipegang sangat

    lantak lah sekarang kat depan ke kat belakang ke

    satu undi kena dapatkan
    secara upground atau udnerground

    BalasPadam

Catat Ulasan