sejahtera semua perjuang perjuang

kebanyakan pertugas pertugas dah kembali ke kampung masing masing, yang mana geng perpaduangg balik ke kuantan dan kuala terengganu, yang mana anti UG balik ke paya jaras, yang mana duk melangut dilombok tetap dilombok, yang mana dah lama tak berbabican dah boleh sambung balik berbabican, yang mana dah lama tak bekerja dah boleh sambung balik kerja mencari rezeki untuk keluarga.yang mana yang dah habis duit perlu cari duit baru mengisi tabung baru, maklumlah banyak tabung bocor semasa peperangan. yang berniaga teruskan berniaga, yang kerja kutip derma boleh sambung kutip derma, yang mana mengajar ilmu kebaikan teruskan mengajar orang tentang kebaikan.

geng terengganu mungkin dah hampir semua sampai ke terengganu, dua tiga hari lagi ada upacara sembelih lembu, kita orang tak main sembelih kambing hitam ni, yang suka kambing orang arab je, orang melayu tak suka kambing hamis katanya. yang bukan genetik melayu boleh makan babi. yang tak suka babi makan le anjing ke katak ke biawak ke, genetik genetik makan benda benda ni biasanya pandai intelligent, cakap arab pun fasih, boleh terjemah alquran macam tu aje. untuk kepentingan diri boleh guna bahasa alquran, semua pertugas dah kembali ke negeri masing masing. terima kasih pas tanjung karang dan pas selangor terutama alizaidan yang overloaded kerana terlampau laju sprink test. tahniah pas selangor kerana berjaya memberikan kerjasama kepada pas terengganu, jasa dan budi kalian akan kami kenang sampai kemati. kepada pas hulu selangor, tugas berat menanti anda, semoga prk ini memberi pengalaman baru, terima kasih atas layanan mesra sepanjang 8 hari di felda.

aku akan datang lagi ke felda memenuhi janji janji aku kepada makcik dan pakcik yang dikatakan kurang cerdik oleh orang orang yang tak mengerti. aku tetap bersama mazlan aliman, walaupun suhaimi said berlainan kapal tapi kita tetap berlabuh di pelabuhan yang sama, dan aku masih menghormati suhaimi said, suara anda masih berbisa seperti 15 tahun dulu, aku cukup sayang anda tapi anda tercicir sedikit dari perjuangan. semoga anda kembali semula kedalam pas. aku berdoa untuk anda suhaimi, aku cukup yakin anda bukan terpesong dengan mudah tapi ada tangan tangan hitam yang membuat anda terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan anda. anda lambang perjuangan felda sebelum datangnya mazlan aliman. aku cukup yakin dan percaya bahawa jika anda berdua berganding pasti felda akan menjadi tapak yang paling subur untuk islam dan perjuangannya.

aku akan kehulu selangor lagi kerana ada janji janji yang telah terpatri antara aku dan orang orang felda walaupun aku tak tahu betulke mereka memangkah pkr hari itu. aku bukan pemimpin tapi aku datang untuk menziarahi apa yang pernah aku lalui bersama mereka disini. aku hanya perjuang biasa, aku cuma mahu lebih mengerti apa ertinya hidup sebagai peneroka, lambang kehidupan yang begitu gagah perkasa meneroka alam tanpa bantuan teknologi canggih tapi masih mampu membina satu koloni penempatan yang dihuni oleh pelbagai negeri. hayatilah perjuangan mereka wahai saudara saudara ku

Ulasan