pas menghampiri full swing

salam hulu selangor, tadi terbaca blog alizaidan, hehhe, mengamuk alizaidan member dia kata pas malas kat hulu selangor. kasihan alizaidan, kerja 20 jam sehari pun ada gak member kutuk pas malas di hulu selangor. pas memang malas dihulu selangor, aku jawab dengan lidah yang fasih lagi benar dan membenarkan. aku ada bukti yang mengatakan pas memang malas di hulu selangor. kenapa aku kata pas malas di hulu selangor, pas dah bagi pinjam jentera prk dia ke kat pkr, jadi yang bekerja untuk pkr adalah pekerja pkr, pakai baju pkr, jalan macam pkr, batuk dan bersin gaya pkr, jadi jentera pkr nampak laju je jalan macam enjin baru lepas tunning. aku pun kempen pengundi pun pakai gaya pkr. kulit aje pkr enjin dia tetap pas tapi orang tak tengok enjin sebab tak bukak bonet, dia orang tengok body je ooo org pkr. jadi yang nampak yang kerja hanyalah orang pkr jadi pas tak nampak. sorry ali aku joke aje, aku tahu hang stress sangat tengok kedudukan pakatan rakyat, tapi aku tetap seronok macam kayukelat sebab dapat lawan umno dan barisan nasional. itulah keseronakan yang tak dapat dibeli dengan wang.

pas dah mengambil alih semua kedudukan dengan pencaturan baru, kedudukan pkr agak goyah dan mudah menerima serangan dari umno dan barisan nasional. jadi pas terpaksa wujudkan benteng dan demi menahan asakan dari umno dan barisan nasional, pas terpaksa slowkan sikit serangan kerana nak menampung di kubu yang sudah bocor akibat tebukan dari dr hahahalili, banyak sebut hahahalili sebab gembira sangat. pkr akan diberi tugas untuk melakukan henjutan terakhir, semua nampak pkr yang laju dari pas kerana pas terpaksa slowkan rentaknya kerana tak semua memahami rentak tarian dan gendang yang pas mainkan. walaupun banyak blogger tak setuju dengan percaturan pas, pas terpaksa demi menyelamatkan kapal yang hampir karan akibat perbuatan musuh durjana.

petugas pas sekarang berada dalam keadaan berjaga jaga sekarang kerana waktu ini adalah waktu paling kritikal sehingga menjelang fajar hari mengundi. boss parti qorun dah turun dan bagi sikit sikit harta qorun. tapi yang menerimanya sengih sampai telinga. usaha usaha memujuk dan merayu dapat parti qorun hapuskan dalam masa kurang dari 5 minit aje. muhyidin terus tersengih lebar kerana kejayaannya menarik ahli pkr untuk membocorkan rahsia dan strategi yang pkr sudah rancangkan. esok mungkin akan berlaku usaha usaha terakhir yang masih mampu dilakukan oleh pakatan rakyat. jika ada lagi kejutan disaat akhir ini bermakna akan berlaku serangan ke jantung pakatan rakyat, sisa tenaga terpaksa dihabiskan untuk bertahan saja sampai ke 25 april 2010.

Ulasan