masa untuk disembelih

kalah juga pakatan rakyat dihulu selangor, aku dah kata dah jangan pakai sangat kajian kajian ni, future studies ke study group ke, kes study ke, semua tu mengarut je. bukan tak boleh pakai sepenuhnya, tapi jangan kita terlampau taksub sampaikan kerja kerja tak jalan kerana kajian mendapati pakatan rakyat dah menang di hulu selangor. Aku cukup menyampah orang orang yang duk kutuk orang felda ini, apa hak anda untuk mengutuk peneroka peneroka felda, kita kutuk orang felda seperti tak tahu apa apa, masih lagi nak mengundi kapal layar, bagi aku orang felda ada keistimewaannya sendiri, aku nak tanya kau orang, sanggup kau orang datang ke felda ini dengan kapak dan beliung untuk menebang balak sebesar 2 3pemeluk manusia, berhdapan dengan rimau, singa dan sekali musang yang berbulu manusia, duduk dalam pondok, berpelitakan lampu minyak tanah, makan ubi kayu demi mencari rezeki untuk anak anak dan keluarga mereka. mati dibaham rimau, aku rasa yang menulis yang mengutuk orang felda ni tak sanggup pun datang kesini waluapun dimasa sekarang.


felda memberikan undi terbesar kepada umno dan barisan nasional, APAKAH KITA LUPA, ATAU KITA MENJADI BUTA, MENJADI PEKAK DAN MENJADI MULUT TEMPAYAN MENGUTUK ORANG FELDA, KITA LUPA FELDA JUGA MELAHIRKAN MANUSIA YANG HEBAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT, APAKAH MAZLAN ALIMAN BUKAN MANUSIA YANG DILAHIRKAN DI FELDA, APAKAH MAZLAN ALIMAN INI MANUSIA BARU YANG DILAHIRKAN DIATAS KAYANGAN. APAKAH KUTUKAN DAN KRITIKAN KITA TAK BERBEKAS DIHATI MAZLAN ALIMAN. JAWAB WAHAI SAUDARA SAUDARA KU SEMUA. jangan jawab dengan hati hati yang busuk bercampur nanah kerana suka membuat fitnah. jawab dengan hati seorang pejuang. mazlan aliman juga lahir ditengah tengah masyarakat felda. masyarakat yang dikutuk kutuk waktu sekarang. apakah kita lebih dan sangat mulia kerana kita tak lahir dalam komuniti orang orang felda. nanti ada mangkuk yang akan menjawab mazlan aliman lain dia berfikiran terbuka, anda tahu bagaimana kehidupan mazlan aliman diwaktu ini, apakah perasaannya kerana dia mewakili penduduk felda diseluruh malaysia.



aku sungguh pelik melihat orang sekarang menggunakan teknologi bukan untuk kebaikan tapi keburukan, malam malam membuta penuh mata bangun pagi pagi, terlepas solat subuh tak apa, yang bekerja pergi bekerja, yang boleh melayari internet boleh baca dan bagi comment secukup rasa, semua cukup garam, gula dan penambah perisa. tulis apa yang pakatan rakyat perlu buat, kat sekolah ini perayu undi pakatan rakyat kurang dimanapoli perayu perayu barisan nasional. tapi kenapa yang menjelajah untuk mengambil gambar untuk dimuatkan dalam blog tak turun membantu ditempat yang kurang perayu undi, kalau ada dua dalam kereta atau motor dah tambah jadi dua orang, tapi tak turun pun merayu undi, berlalu dengan riang ria kerana ada modal boleh kutuk pakatan rakyat terutama pas. kalau benar anda seorang perjuang dan menyokong perjuangan islam dan rakyat turun dan bantu. mungkin benar ada kekurangan disitu. tapi kenapa yang hensem macam sak ruk khan tak beri pertolongan, yang berjanggut laksanakan yusoff islam tak merayu undi sama bersama pertugas petugas yang telah bermandi peluh dibawah terik matahari.



aku menulis ini bukan takut disembelih orang puak puak taskforce 13 ke 14, 15, aku nak heran apa, bagi aku manusia yang pandai menulis tapi tak turun bertugas, cakap aje lebih, strategi begini, strategi itu, tapi tak turun pun, turun dan bertugas baru boleh cerita. bagaimana hebatnya kita yang dilahirkan bijak dalam semua hal, hensem ke apa ke jadahnya, yang di sibukkan bawak kamera, turun dan rayu undi kepada pakatan rakyat, baru boleh bermegah dengan idea idea yang dilemparkan. nak buat statistik semua boleh buat. jumpa tok penghulu kampung bercerita tentang masjid kononnya amat alim, setakat sembang kosong dengan tok penghulu kampung dan sempat memburukkan hassan ali tu yang hebatnya. bukan merayu undi tetapi mencari salah hassan ali dan orang pas yang dirasakan tak maksum seperti dia. kalau ada seekor ulamak kepala lutut dah cukup menghura harakan pas. dah kena buang macam zul kulim yang tak dibenarkan oleh majlis syura untuk bertanding pilihanraya. mujurlah dah kena buang tak lah pas duk membela orang bangang seperti ulamak kepala lutut. spoil dunia ni kalau ada ulamak kepala lutut.

Ulasan

  1. sebanyak2 kes di ulu selangor itu je yg dia nampak, maklumlah dia sangat benci dgn umno lah katakan.. yg sorg lagi dah jadi unit anjing pengesan.. siap dapat idu walaupun duk seberang lautan.. moleknya unit K9 bukit aman ambik dia jadi pengidu pulok ganti anjing2 yg tak dapat mengidu seberang lautan..

    Tak de ke org nok check puak2 taskforce13 ni ahli ke apa, bila jadi ahli.. tiga org dak kantoi.. sorg tak bila kena tankpak baru ngaku bukan ahli, sorg tu tak bayar yuran, dan sorg tu baru dok sampai 6 bulan ahli.. pah tu ada hati nok reform.. nak suruh PAS reform jadi cam dia ke apa? hahaha.. berlagak je lebih.. nasib baik bukan org kampung aku..

    BalasPadam

Catat Ulasan