luahan rasa webmaster tko - songkok putih

ulasan webmaster tko jelas memaparkan betapa kecewanya insan yang memakai nama samaran songkok putih, bagi aku tko lambang kebangkitan media maya bagi pembangkang dimalaysia, aku dah mengenali tko semasa internet masih lagi menggunakan talian dialup, bangga gila dapat baca tko, ramai pejuang pejuang dan yang simpati kepada pembangkang, mencetak artikel dari laman tranungkite, dari menggunakan tapak geocities yang mana masih menggunakan html, aku tak ingat siapa webmaster kerana bagi aku membaca tranungkite adalah yang utama, banyak artikel yang bernas timbul masa ini, tak ada lagi kutukan kepada presiden pas, timb. presiden dan ulamak ulamak secara seperti sekarang.

aku tak kenal siapa abujihad, tok ayah dan siapa saja dalam alam maya ini, aku cuma mengikuti tranungkite dari internet dialup. dan makin laju diikuti bila isdn dilancarkan dimalaysia. dipejabat kerajaan penuh artikel yang dicetak oleh pegawai kerajaan untuk bacaan member sekampung yang tidak mempunyai access kepada internet.mahazalim dah mahafiraun adalah laman utama, tapi tko bangkit dengan keupayaan sendiri. masa itu siapakah yang mampu pakai komputer, paling cikai pun rm5000, jenis fujitsu, siemen atau jenis ibm, menggunakan disket yang lembik dan besar, yang paling laju keluar adalah dx 4, kalau siapa pakai bangga gila dah. disitu tranungkite bertatih dan membesar dengan cepat.

dan aku paling bangga dengan tranungkite ini, aku pernah mendaftar laman di geocties tapi sekerat jalan aje kerana masalah internet yang tidak begitu stabil, lagipun masa itu cybercafe belum wujud dengan meluas kerana siapa ada duit nak bukak cybercafe yang memakan belanja yang mahal, lagipun amat sukar untuk belajar html. tapi pas dungun mengambil inisiatif ini, menggunakan media maya untuk membantu kempen pas, sikap yang tidak memihak dan mengeluarkan semua artikel yang samada mengutuk atau memuji pas dimuatkan dalam tranungkite. tapi dulu tak menjadi soal sangat tapi kenapa sekarang banyak yang mempersoalkan keikhlasan tranungkite dalam usaha mereka menentang kezaliman umno dan barisan nasional. apakah kerana medium internet sekarang menjadi terlampau murah untuk mengutuk keadaan tranungkite. betapa jahat dan bangangnya mereka ini. yang mengutuk tak tahu betapa susahnya pas dungun untuk menghidupkan laman ini. menjadi lambang medan tempur maya yang terulung.

aku menulis tentang tko ini bukan kerana aku setuju dengan luahan rasa songkok putih,(kononnya tak memihak songkok putihlah) hehehe, aku sebenarnya benci kepada manusia yang hanya pandai mencari kesalahan orang dari mencari kesalahan sendiri, harakahdaily dah menjadi tempat babi babi berkumbang dan menyondol pemimpin pemimpin pas, hatta video berahim ali pun dimuatkan. penulis harakahdaily seperti pakaq amat digemari oleh pengurusan atasan harakahdaily, tulisan ini bukan hendak memburuk burukkan harakahdaily yang memang buruk, tapi untuk menyedarkan bahawa harakahdaily dah jadi jurucakap umno dan barisan nasional. herman shamsudin pun boleh join pakaq dalam  mengutuk pemimpin pas,kalau tko dan jadi pelacur umno herman shamsudin dan pakaq dah jadi bohsia kepada umno dan barisan nasional.

betapa bangang penulis seperti herman shamsudin yang bersetuju dengan tulisan pakaq, tiada teguran yang dibuat walaupun pakaq menjadi haramjadah dalam menulis, herman samsudin senyap sepi kalau pakaq bangang menulis tentang keheroan dia menerjah timb.presiden, mungkin herman samsudin bersetuju dengan kurang adab dan kurang ajarnya pakaq yang bekerja dengan harakahdaily yang dibayar gaji oleh penyokong dan ahli ahli pas. betapa jahatnya tuduhan herman samsudin ini, yang didepan mata diibutakan terus dari nampaknya kerana mungkin herman salah seorang penyokong kepada pakaq bangang ini.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Aku pun kenal TKO zaman dial up. Apa speed dia masa tu, 54kbps rasanya.. Haha..

    Dude, Herman tak sokong Pakaq dalam isu terjah us nasha. Rasanya dlm blog dia ada jugak dia jawab. Malah ada sekali aku ingat dia berbahas dengan Pakaq masa kes Aduka kena tahan dgn polis.

    Maybe dalam isu ini, kritikan dia tak kena sebab mungkin dia tak faham sangat konsep TKO. Di tambah pulak dengan Pembantu Webmaster yg still kurang berpengalaman. Tapi kalau aku jadi PWM, dua hari terus server down aku buat. Haha...

    Aku kenal Herman. Pernah bagi info kepada dia sebelum blog aku tu wujud. Antara pemimpin pemuda yang istiqamah mempertahankan Tok Guru Haji Hadi. Sama macam Khairul Faizi Ketua Pemuda Johor.

    Aku pun ada cadangan nak ulas sikit pasal artikel SP. Esok kot. Mengantukkk..

    BalasPadam
  3. salam ali
    tq atas comment berbentuk nasihat
    tapi cara herman menuduh tko sebagai pelacur tak dapat diterima aku, setelah menjadi panglima tempur utama, kita dengan senang menuduh tko sebagai tko, kalau tak nak jaga hati aku pun jagalah hati songkokputih yg siang malam tak tidur menangkis serangan

    BalasPadam
  4. jasa tko besor dalam mempertahankan imej hj hadi n pemimpin pas lain macam hasan ali n tuan ibrahim

    harakah pon satu masalah jugak

    kalau dah ada masalah baik setelkan

    apa plak nak salahkan tko

    BalasPadam

Catat Ulasan