kerja kerja hari terakhir kempen

salam hulu selangor, hari ini masuk fasa terakhir dalam usaha menawan hulu selangor, jentera pas dah rajin dah, culaan peringkat terakhir akan dikemaskini sebelum prk 25 april 2010, big boss parti qorun dan timb.parti qorun terpaksa turun sendiri berdepan dengan pakatan rakyat, tak hebat lagi jentera prk pas di hulu selangor, pas bekerja hampir 24 jam masa berputar, ada petugas pas sampai tak ingat tarikh hari kerana terlampau sibuk menguruskan kerja kerja prk hulu selangor, ada yang bergerak dalam bilik gerakan tak sedar malam ke siang. masa yang berlalu sugguh pantas aku dah hampir 8 hari disini, dah boleh bercakap berbagai loghat, nasib baik pas tak ada kat afrika selatan mahu ada petugas pas yang hadir ke sini ajak aku pi tengok bola di sana jun ini, aku pun mungkin sudah fasih berbahasa afrika.

perang saraf yang hebat akan bermula hari ini, hari ini biar pas lakukan dengan cara pas, gaya pas, atau kalau bimbang orang barisan kutuk kata pas rampas kuala, kita buat ala campuran pas, pkr dan dap, banyak campuran mungkin akan memberi perisa yang lebih hebat, tambah madu, tambah apa saja yang boleh menyedapkan perjalanan hari ini. semoga hari ini tak lagi berlaku kejutan yang menyesakkan jantung parti. petugas petugas dah lencun dibawah terik matahari, tak dapat duit sesen pun bayaran, minum tea o, makan biskut kering hasil belian duit sendiri dan derma dari yang simpati kepada parti miskin ini. kalau yang mengatakan pas malas di hulu selangor, sila datang kesini dan tengok bagaimana petugas ini bertungkus lumus dan akhir harapan diserahkan kepada allah. datang, tengok dan bersaksikan matahari dan bulan apakah situasi kita skrg dan bagaimana petugas petugas bertugas di sini.

Ulasan