kempen kempen peringkat akhir

usaha usaha penjilat penjilat barisan nasional untuk memberikan imej yang kurang baik kepada pakatan rakyat nampaknya kurang berhasil. semua telah dirangka mungkin semenjak awal, tapi tindakan diakhir kempen tak membawa banyak erti kepada barisan nasional, peneroka sungai buaya dan disumbat mulut dengan kepala agung. 1000 satu kepala dan 100 kepala baru 100,000 yang dihabiskan tapi ketua parti qorun umum 5 juta, mana 4.9 lagi,oooo nak dibagi dalam bentuk draft cheque rupanya, ni cheque betul ke cheque tendang. kalau tendang alamaknya kena tunggu 15 tahun lagi. tapi masa akan datang barisan nasional pula kena tendang.


muhyidin cakap kilang fitnah fitnah parti pembangkang dah bermula 24 jam, rupanya dia cakap pembangkang dinegeri selangor, jadi kilang fitnah tu maksudnya barisan nasional yang mempunyai kilang itu,ooo sebab tu muhyidin tahu, dia towkeynya rupanya. penamat kempen dah disempurnakan oleh tok guru nik aziz, ramai peneroka yang datang, anak yang mengorganizekan majlis ini nampaknya berjaya memberikan nilai tambah yang baik kepada pakatan rakyat. majlis yang mengumpulkan terutama hassan ali, zaid ibrahim, mazlan aliman dan tok guru nik aziz sedikit sebanyak menggusarkan hati orang barisan nasional. sambutan yang diterima memungkinkan esok adalah hari yang baik untuk pakatan rakyat menyesah barisan nasional dari hulu selangor.


petugas petugas hari ini akan mengerahkan tenaga yang masih bersisa lagi untuk meneruskan kemaraan dan tanpa undur sedikit pun, menurut berita yang diterima hari ini masih ada lagi yang akan datang ke hulu selangor, mereka datang untuk kerja kerja esok, mengadakan kawalan disetiap peti undi dan tenaga yang benar benar fresh amat diperlukan esok. jika esok petugas petugas yang baru sampai boleh gunakan semua tenaga yang ada kerana esok penamat segalanya. tak perlu simpan tenaga dah. esok terus ke topgear, jangan terpakai gear gostan dah. esok semua yang baru sampai bertugas dari pagi sampai ke malam saja. kira kira 8 hingga 10 jam, lepas tu petugas petugas dah boleh berehat. kalau menang hilang rasa letih dan penat jika kalah kita zikir bagi redakan kepanasan hati, zikir penyenjuk jiwa yang panas. aku tak akan bersama kalian lagi, aku akan pulang awal kerana dah tamat tugas, segala tugas akan diserahkan dan dipikul oleh petugas petugas yang banyak tenaga. tenaga aku dah berkurang macam ultraman, kena pergi charge, lampu kat dada dah berkelip kelip.

Ulasan

  1. InsyaAllah...kemenangan akan berpihak kepada Pakatan rakyat.

    Sepatutnya sebelum ke H/S sheik ke laman ini dulu, taklah sampai lampu kat dada tu lip lap2.

    http://best1of4.com/tricajus

    BalasPadam
  2. macam lampu ultraman aja. alhamdulillah semoga diberkati segala usaha saudara..semoga mendapat kemenangan dari Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan