kempen di hari terakhir

semalam banyak tugas yang diberikan, aku kat sini dah jadi veteran kerana dah lama kat sini, menjadi penunggu felda, kalau mazlan aliman dan suhaimi said kenal aku, mesti pagi pagi dia tabik aku kerana hampir menjadi warganegara felda. kempen prk hulu selangor dah sampai ke penamatnya. blog terus menulis dengan gaya mafia, menulis seolah olah hidup dalam warga felda, jangan kutuk mereka kalau kita tak tahu, aku yang hampir jadi tok siak disini tak sanggup menulis yang mengatakan melayu sukar berubah. kalau berubah bererti rebah mahu ke kita berubah, penulis blog mempertikaikan kenapa melayu tak nak berubah dan memangkah pakatan rakyat. cakap senang nak memterjemahkannnya susah yang amat sangat.

aku yang dah lama disini mulai faham apa masalah yang ada, dan aku amat mengerti, kalau yang nak mengerti marilah ke sini dan duduk kat sini. yang datang kempen sedap lah, duduk hanya sekitar 10 hari, yang duduk disini selama lamanya macam mana rasanya. tekanan dan ugutan yang amat dashyat dituju terus ke penghuni penghuni felda, berfikir sebelum melontarkan tuduhan yang dikatakan amat tidak adil kepada penghuni felda. biarlah mereka tak boleh menjawab biar aku pemain pinjaman pas kepada pkr menjawab apa realiti disini. aku cukup benci jika ada tulisan yang mengatakan melayu felda tak mahu berubah. yang mana berhati cekal dan istiqomah sahaja yang sanggup dan yang tak sanggup macamana. kalau yang terjun sekejap lepas tu terjun umno balik mahuke kita orang seperti ini, orang seperti zahrain, seperti zul kulim yang pandai pun terjun kembali ke lubang yang sama.

kita akan kempen dan akan lawan sehingga kiraan undi bermula, itulah kata haji mohamad sabu, jangan hiraukan andaian, tekaan, dan fitnah dari lawan atau musuh dalam selimut, lawan sehingga ke akhir, bukan lawan kerana mengejar kedudukan dunia, kita tetap siapa lawan kita, apa tujuan kita berlawan, sampaikan tak tahu tujuan berlawan, ni species mana pulak timbul, jika kalah kita redha dan bangkit dengan semangat melawan yang lebih baik, hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari hari esok akan lebih baik dari hari ini. tulis dalam blog bermacam macam dari sudut pemerhatian, mari sini kempen sorang yang duk atas pagar bukan ahli umno, bukan pendokong umno tapi hati dia condong ke umno, kalau rasa diri sehebat manusia, marilah berkempen, sorang cukup untuk prk hulu selangor, lepas tu tulis dalam blog kejayaan tentang berjaya berkempen kepada orang atas pagar. kalau duk saja perhatikan orang bertugas baik main dam ada gak gelaran haji.

Ulasan

  1. jangan cara ngat ke blog2 bodoh sombong tu.. konongnya menulis nok suruh org napok educated.. analisa tu lah analisa ni lah.. analisa untuk menjitukan gerak kerja boleh tapi analisa untuk menyedapkan kata2 boleh blah.. blog2 celaka pun semakin celaka, ingatkan kuat sangat berjuang.. kena2 nak ke jawatan je masing..

    BalasPadam

Catat Ulasan