jam jam yang terakhir berkempen

barisan nasional nampak goyah sedikit pada hari terakhir, moga esok barisan nasional boleh bungkuih. mengapa dikatakan barisan goyah disaat akhir, kerana tenaga utama yang memberikan kekuatan kepada petugas petugas belum direload, katanya dah tertunggak banyak, boleh umum juta juta pun tak mampu nak bayar seringgit dua ke petugas petugas, ada yang akan makan hati, kalau malam ni tak reload juga, jentera barisan nasional akan tempang kerana bila tenaga kurang, mood nak kerja pun merundum, mood orang macam aku tak apa, sentiasa cool dan happy je kalau dapat lawan barisan nasional, kalau kau orang nak tahu macamana seronok lawan barisan nasional ni, turun le sekali sekali kalau ada prk. tidur dihotel berbintang bintang, solat subuh berjemaah aje, walaupun mata hampir tertutup, jemaah jugakan. ada sahabat seperjuangan tolong selimut kalau kita tidur terlondeh, boleh kenal sahabat dari seluruh malaysia. walaumacamanapun pahit sekalipun kita telan ramai ramai. tak percaya hang tanya kayukelat, tanya alizaidan, tanya batuapi, nak best lagi tanya wak albanjari, dia ahli pas seumur hidup, aku pulak ahli pas selagi hidup je. tak sama kan wak, hehheh



aku terbabas maklumat semalam, aku ingatkan malam ini mat sabu dengan nuar berahim ceramah, rupanya dah terlepas, aku rasa inilah kali pertama mat sabu berganding dengan nuar berahim diatas satu pentas meneranjang barisan nasional. terlepas aku nak dengar, termiss maklumat, member cakap selepas dia orang balik dari sana. tak apa lah lain kali, mat sabu ceramah boleh bagi naik lagi semangat yang kendur, tengok mata mat sabu dua hari lepas pun merah sangat dah, dah banyak mana tak tidur ntahlah. semua pertugas jarang yang bermata putih berkilat mata hitamnya kecuali yang sampai selepas asar tadi. hitam berkilat lagi mata. mata cukup tidur le katakan.



esok dah mengundi, semoga allah terus memberikan hidayah kepada pejuang pejuang dan bagi pas yang penting dan yang paling penting bagi pertugas pertugas pas adalah menyampaikan dakwah islam kepada rakyat malaysia, inilah yang utama, merayu undi ditambah dengan menyampaikan ajaran islam yang sebenarnya adalah tanggungjawab pas. sebab itu pas berbeza dengan parti lain. pas ada segalanya didalam. dan pas juga menjunjung islam. dan keimanan menjadi tembok pemisah antara yang hak dan yang bathil. usaha berdakwah bersama tugas merayu undi berjalan seiring, kalau kita ditakdirkan kalah pun, mungkin ada yang terkesan dengan dakwah akan bersama kita suatu masa nanti. yang ini aku yakin dan percaya. lambat atau cepat bukan kerja kita. kalau kalah kita tetap berjaya berdakwah. kita tak kalah kedua duanya, kalau menang kita menang dengan gaya seorang yang amat hebat.


masa dah semakin meninggalkan kita, esok penentu kepada usaha usaha kita selama 8 hari disini, pahit manis jerih, disindir, di sekeh, dihentak dan bermacam macam ada kalau di dokumentarikan menjadi siri siri yang menarik untuk ditonton. aku pun meninggalkan daerah hulu selangor dengan perasaan yang bercampur baur, dan alatan teknologi aku terpaksa diserahkan kepada sahabat seperjuangan yang amat memerlukan, bukan mintak tapi kalau rasa nak beli lain tinggalah yang lama kat sini, pehhh ayat-ayat rayuan. mula mula tanya dapat dimana, kedai mana, akhirnya dengan rela aku menyerahkan wireless yang aku gunakan sepanjang prk hulu selangor, 18dbi around, dapat detect semua wireless yang ada kat sini, yang mana tak ada kata laluan untuk guna dapat digunakan untuk perjuangan, kalau yang pakai keyword pun dapat dipecah demi menghantar apa saja kepada bilik gerakan. repeater wireless pun kena sapu, habis togel aku, nasib baik tak sapu dengan notebook aku, kalau mintak terpaksalah bagi. cari lain ajelah, kalau esok ada yang kata suruh tinggal notebook aku tinggal aje, mungkin dia guna lebih baik dari aku guna, lagipun kalau kita infak satu notebook mungkin esok lusa dapat 3 4 biji notebook baru. hehehhe, kalau tak ada pakai pc ajelah. kang aku dah kata orang pas ni kalau parti mintak dia bagi dulu dari kehendak dia.tak apa esok esok kumpul duit beli yang baru, I3 ke I5 ke I7 ke laju tu hehehhh.

Ulasan

  1. malam ni saat kritikal
    tak payah la semua petugas nak g dengar ceramah
    abis sape plak nak jaga kampung ngan bilik gerakan
    moga2 allah lindungi semua kelemahan kita dari dilihat pihak united monkey zionis

    BalasPadam

Catat Ulasan