hulu selangor dalam kenangan

salam semua, ini entry aku yang terakhir dari bumi darul ehsan, disini banyak mengajar aku erti kesusahan kepayahan tanpa teknologi, dah biasa senang sangat dengan teknologi yang melengkari kita, bila berada diluar kawasan liputi kita menjadi manusia primitif kembali, dengan kelembapan teknologi disini menyebabkan kita rasa susahnya hidup tanpa teknologi, yang dah biasa macam ni, ok saja tak apa, dah hampir 2 jam waktu mengundi, aku dah siap untuk gerak kembali ke negeri ku, banyak kerja sedang menanti, perhimpunan agung pasti akan berlangsung di terengganu tahun ini, terengganu menjadi tuan rumah, mana mana cikgu pasti yang baca blog ini, diucapkan selamat datang kenegeri terengganu darul perpaduangg ooppp silap darul iman. aku salute kerja kerja cikgu pasti walaupun gaji rendah masih ada yang sanggup jadi guru guru pasti. dan aku akan membantu selagi mampu.

hp masih tak berhenti berbunyi menanyakan perkembangan semasa, dia orang ingat aku ni kerja tv3 suku ke, aku datang sini untuk melawan barisan nasional. aku datang bersama sama dengan petugas petugas marhaen, yang tak punya apa apa dalam usaha melawan barisan nasional, hanya gigi, gusi dan semangat yang tinggi saja yang ada. Untuk orang yang bertanya aku suruh ikuti blog blog yang melaporkan berita terkini dari sana, cari yang memberi maklumat yang berintergriti dan berniat baik dalam usaha menjatuhkan umno dan barisan nasional. yang tanya lebih lebih tu, aku nak cakap satu je, pkr baru dapat dua undi setahu akulah kerana pakcik dan makcik yang pergi mengundi tu orang pas. yang menjadi ahli pas seumur hidup seperti wak albanjari. dia orang dah selesai mengundi sebentar tadi, yang dua orang ni aku confirm pkr dapat 2 undi dah, yang lain aku tak boleh confirm kerana aku tak tahu dia orang mengundi apa. hehheheh.

sebelum aku tamatkan entry aku ni, aku nak mintak maaf kepada semua pembaca blog ini, jika ada yang tersinggung dan yang berasa hati dengan tulisan aku, aku tak pandai menulis sebenarnya aku tulis ikut jari dan kepala otak aku aje, ada mana entry yang tak tersusun tu maaf dipohon. aku datang sini bukan untuk menulis blog tapi oleh kerana blog dah jadi satu tempat racun kepada pas aku terpaksa masuk kealam ini. aku tak akan biarkan pas dipunah ranahkan oleh makhluk makhluk perosak. mana yang tak dapat comment di blog ini kerana masalah design sorry bro, aku akan baiki bila aku berkelapangan. aku cuba membaiki blog ini sebaik mungkin, yang mana bersama aku memberikan aku semangat sepanjang aku berada disini, aku ucapkan terima kasih, semoga allah memberkati kalian. cuma aku berpesan pada diri aku dan diri kalian semua, aku harap kita gugur bersama dengan islam bukan gugur kerana wang ringgit dan gugur kerana tak setuju dengan pemimpin atasan pas. biarlah kita gugur dan akhir kalam berada dalam kalimah mulia. islam perjuangan kita, kalau islam tidak difitnah itu bukan islam namanya.

kelengkapan teknologi yang aku bawa akan aku tinggalkan disini, kerana disini amat memerlukan kecanggihan teknologi, ada sahabat yang boleh menggunakannya lebih baik dari aku untuk manafaat manusia disini dalam usaha menyampaikan dakwah. aku balik ke terengganu dalam keadaan kosong hanya usb modem broadband yang ada, kena tinggal semua kerana sahabat nak guna dulu sementara tempoh pengundian berjalan. yang aku pasti, semua ini tak akan ikut aku balik ke terengganu dah. sahabat seperjuangan ini kalau pakai bahasa pujuk yang paling popular memang bagus, kalau kita infak ke perjuangan ni banyak pahala yang boleh, boleh terang kubur, heheheh ok semua aku dah nak gerak. selamat tinggal hulu selangor, selamat tinggal felda tingi, soeharto, ulu bernam, peh fasih sebut nama nama felda dan kampung, batang kali jangan bentong kali dah. aku akan terus kerawang dan terus ke genting highland dan turun dari genting terus ke terengganu. semoga selamat dalam perjalanan dan moga berita gembira dapat aku terima selepas pukul 10 malam. salam hulu selangor semua, takbirrrrrrrrr alllahuakbar. salam

Ulasan