hari mengundi di hulu selangor 25 april 2010

salam pagi semua, hari ini hari terakhir aku disini, ramai blogger akan membuat siaran langsung dari sini, aku bukan blogger, apa yang aku tulis hanya untuk berkongsi apa yang terjadi, apa masalah disini, kebanyakkan terpaksa ditulis dengan gaya bahasa yang cacamerba, banyak yang tak dapat ditulis diruang tanpa sempadan ini, kalau nak di tulis di olah terlampau banyak sangat dan yang amat amat penting untuk diberitahu kepada orang yang tak datang ke sini bahawa kerja kerja merayu undi adalah kerja kerja luar jangkaan akal, bertemu dengan pengundi dan untuk menarik pengundi mengundi kita adalah satu kerja yang amat payah. lebih lagi di kawasan tegar barisan nasional, suara kita mengajak ke arah lain dipandang sinis, umno berjaya menanam dalam minda pengundi dimana mana jua bahawa umno sajalah yang dapat memberikan kesejahteraan hidup. 50 tahun lamanya umno menanam perkara perkara karut dalam pemikiran rakyat dimana saja bernama bumi malaysia.

apa yang ditulis disini hanyalah 10% apa yang terjadi, aku orang pas, dan aku tidak diajar khianat kepada orang lain, walaupun aku orang pas selagi hidup, tapi aku datang dimana jua ada prk, jika ada tenaga, duit dan yang amat penting minda yang cergas. sepanjang aku berada disini, tuduhan berat dilemparkan kepada pas dengan pelbagai gaya dan hampir memerangkap jentera jentera pkr sendiri dan juga dap. aku harap yang menuduh tu datang ke sini dan rasai apa azab dan sengsara petugas petugas yang hadir dengan duit sendiri, diulang duit sendiri bukan duit rasuah, bukan duit tikam belakang, bukan duit hasil melompat dan juga duit ehsan yang amat popular diterengganu dan semakin popular di kelantan.

bila bekerja dalam parti apa yang diarah perlu dilaksanakan dahulu, jadi jika masa itu bendahari parti tak ada tak akan kita nak tunggu duit dulu sebelum jalankan perintah, lu orang ingat kempen tak payah pakai duit ke, minyak motor kena isi, minyak kereta perlu diisi juga, sekali isi bukan seringgit dua, sepuluh paling koman, kalau kena isi 10 kali dah berapa, tak pa bendahari kata balik boleh claim, betul boleh claim, tapi kadangkala lupa mintak bill, ada bill dalam poket kadangkala hilang, dapat bill bagi kat bendahari nak claim, bendahari kata karanglah duit tak cukup, dah dua tiga hari bendahari pun dah lupa tak akan kita nak ingatkan, kalau nak berkira sangat kita boleh buat kedai pajak, untung sebab ramai yang lupa. hehehhe

dalam pas bukan ramai sangat yang kaya, yb yb yang datang pun lebih sengkek dari aku, yelah dia orang jaga orang aku hanya jaga rumah aku aje. kalau zaid menang hari ini, zaid akan jaga 64 ribu lebih orang, kalau singgit sorang zaid dah terpaksa belanja duit 64 ribu. mana nak cari duit wehh,lu orang ingat sinangkan nak jaga orang ramai.dalam blog sedap je tulis, yb tak jalankan kerja, yb lupa janji janji manis masa berkempen. aku tulis bukan kerana nak sokong yb, bukan aku nak jadi yb, tapi kadangkala kita menuduh mereka dengan tuduhan kejam, mereka juga punya keluarga yang perlu juga dilindungi oleh mereka, jadi tolonglah memahami sikit masalah masalah orang lain jangan sedap mulut je hentam siang malam. kalau nak tulis apa yang tak elok aku boleh tulis seribu satu malam tak habis. islam dah tetapkan garis panduan, jadi kalau melampau lampau sangat perangai yb mana mana pun aku tebas juga tapi bukan dengan cara kurang ajar seperti pakaq.

setengah jam lagi pintu pintu tempat mengundi akan dibuka, dan aku semakin menghampiri masa masa kecederaan untuk berada disini, tugas aku dah berakhir disini hari ini, menang kalah adat perlawanan, kita yang menang jangan sombong sangat, kalau kalah jangan menderita sangat. gunakan masa masa yang ada ini untuk sesuatu yang berguna kepada agama kita. aku nak balik ke negeri perpaduangg heehe bangga apa negeri perpaduangg, semua petugas dah keluar awal awal lagi, kang aku dah kata seronok apa lawan barisan nasional, lepas subuh tadi pun dah ramai angkut barang keluar pergi ke tempat mengundi, ada yang tak tidur dari semalam pun semangat juga nak ke tempat mengundi, ada yang tersekat berjam jam dari KKB semalam pun masih bersemangat walaupun mulut tak henti marah kerana jem. ada yang tak cukup tidur pun masih bangun lagi walaupun mamai, semua dah bergerak ke satu arah pastikan pakatan rakyat menang.

Ulasan

  1. balik kan klu drive bawak kereta hati2.. klu letih berhenti tido dulu.. hihihi cam bagus je kita nesihat.. tak apa lah.. selamat pulang..

    BalasPadam

Catat Ulasan