berlintas langsung dari atas bukit genting

maklumat daripada spr mengatakan bahawa hampir 40% telah keluar mengundi, kekecohan berlaku dimana saja ada pusat mengundi, provokasi berlaku setiap masa, barisan nasional dah hampir lumpuh sekarang, terpaksa menggunakan budak budak pula untuk merayu undi, dalam masa lima tahun akan datang mungkin barisan nasional terpaksa menggunakan khidmat budak budak tadika kemas pula, orang orang lama dah tak mampu lagi kerana penyokong penyokong lama saja yang tinggal bersama barisan nasional, anak anak muda tak mahu lagi bersama umno dan barisan nasional, duit gaji belum bayar lagi.tu yang dapat diberitakan yang tak dapat mungkin banyak lagi. kenduri besar yang diadakan setiap hari kempen akan dibayar atau tidak ntahle, yang aku tahu banyak lagi duit catering yang berlaku di negeri terengganu di hulu terengganu sampai laani tak dibaayar oleh umno.dan yang terbaru semasa prk kuala terengganu, banyak lagi duit duit catering tak dibayar, gila ke apa barisan nasional, apa akan jadi kepada makhluk makhluk yang makan makanan yang tidak dibayar.

disebalik kegelapan pakatan rakyat, agar hari ini ada hari cerah buat kita semua, semua pertugas sedang bermandi peluh sekarang, aku saja yang sedang berehat diatas bukit tinggi yang sejuk. betapa jahatnya aku ini kan, rakan rakan seperjuangan sedang sibuk menahan asakan aku pula boleh bersenang lenang disini. tak apa aku dah janji dengan member member yang sedang dalam bertugas, balik ini kita akan korbankan 2 3 ekor lembu kerana menghargai petugas petugas, lembu diterengganu cukup runsing jika ada prk dimana mana. menang atau kalah pakatan rakyat, lembu tetap ditumbangkan. kalau kalah tu tak tumbangkan lembu ok jugak tapi menang ke kalah ke, lembu tetap kena korban. lena sekejap disini sebelum menuruni bukit genting yang nyaman ini. aku berharap sangat pakatan rakyat menang.

kedua dua calon adalah bukan orang hulu selangor. tak tahu kot kamala boleh mengundi selepas spr mengubahsuai persempadanan. jangan kutuk banyak sangat spr, dalam spr pun ada orang yang menyokong pakatan rakyat, jangan gaul dan pukul rata, disemua bidang ada yang menyokong walaupun hanya mampu menyokong dalam hati. pakatan rakyat perlu lebih peka kepada spr, ujudkan satu pasukan yang sentiasa memerhati kerja kerja spr, kerja mendaftar pengundi adalah satu kerja wajid dalam demokrasi, walaupun kempen sehebat pasukan tartar yang menyerang tapi tak ada pengundi berdaftar tak guna jugak. jadi disini ada sedikit kurang percaturan, hanya hebat berkempen tapi pengundi tak ada, macamana. 20 ribu manusia hadir di stadium, tapi yang boleh mengundi sedikit je. selepas ini tumpukan kepada pendaftaran pengundi yang lebih bersistematik. salam bukit genting. mata dah kuyu.

Ulasan