berita berita petang dihulu selangor

selepas solat jumaat, polis kata jangan adakan himpunan haram, polis tak solat ke, sibuk duk bagi arahan jangan ada demostransi haram, gila ke apa, aku sempat tanya orang pas hulu selangor, ada ke pas ke pkr ke dap anjur demostransi, pakcik tu selamba je jawab, polis yang nak berdemo bukan parti pakatan rakyat, selepas solat jumaat, yang betulnya selepas isi perut dengan makanan ruji, petugas petugas dah mula bergerak, umno duk sibuk pasang khemah untuk melaksanakan misi makan nasik lemak dan tea esok. aku boleh tumpang sekaki kot, umno tak heran sangat kepada kempen kat sini sekarang mereka kata mereka akan menang, baguslah aku suka sangat kalau umno konfiden tak lah kacau pakatan rakyat berkempen.

berita berita yang baru sampai, tok guru nik aziz dilarang menyampaikan kuliah agama di masjid kerana pengarah jais dah hantar surat ke masjid, pengarah jais kata menjunjung titah tuanku, tak apalah bawah khemah pun boleh bagi kuliah agama, aku duk kat serambi je boleh kempen orang umno mengundi pkr. makcik pakcik peneroka takut kalau kita pakai baju pakatan rakyat datang bertandang ke rumah mereka, jadi aku tak pakai apa apa lambang, hatta lambang baju pun aku buang, ada sebuah rumah yang aku kunjungi untuk hantar risalah je, masa hantar tu ingat nak selit je dlm kotak pos, tapi makcik dan pakcik ada pulak, siap kutuk aku lak, macamana nak jadi pejuang hantar risalah pakai selit je makcik dan pakcik ni hebat rupanya berani dia kutuk aku, jemput naik rumah kalau berani kata pakcik. kalau nak berkempen buat cara berkempen, pehhh bisanya ayat pakcik, sebelum aku pergi rumah ni aku dah dapat maklumat yang rumah ni penyokong umno dari zaman dinosour lagi. tengok betapa lamanya keluarga ni jadi penyokong umno.

naik dalam rumah, penuh gambar pemimpin umno, gambar perdana menteri, pakcik tanya aku, mai dari mana, aku kata dari trg, oooo yang banyak runtuh tu ke, kata mcik dari dapur, runtuh sebab umno bina makcik kalau pas bina kukuh aku jawab selamba je. pakcik ni bagus dia terus terang je dgn aku, dia kata dia dari dulu sampai 2010 masih pangkah umno, tak pernah ada dalam niat dalam hati nak pangkah lain dah. aku tanyalah pasai apa pakcik ni sokong umno, dia kata nasib baik ada umno kalau tak tak merasa kemerdekaan. banyak le dia bagi bukti tentang kebaikan umno dan barisan nasional dan masih sempat lagi dia psiko aku, dia kata kalau pas bertanding baru dia fikir balik, yeke pakcik tanya aku, yelah pakcik berjanji. hehe pakcik tak tahu ke siapa yang datang rumah pakcik ni, ni lulusan pasti pakcik peringkat dah sampai terbilang dah. mana mungkin orang umno yang dah 50 tahun menyokong umno nak sokong pas. tektik tu pakcik aku pakai tektik tu gak kalau nak psiko umno hehehe. orang lama umno mesti tahu tektik tu.

dah dtg ni nak kempen ke, kempen sikit sikit je pakcik boleh ke, yelah pakcik bagi hang peluang kempen pakcik, macamni ajelah pakcik, saya nak suruh pakcik pangkah pkr je ahad ni boleh ke? hah kau gila ke, ada ke kempen macam tu, dah tu pakcik nak suruh saya kempen gaya mana, kan saya dah berterus terang kempen kempen bahasa bunga bunga fesyen lama, pakai ayat macam tu tak boleh ke pakcik. mana boleh macam tu, kenalah bagitahu apa yang pkr nak buat kalau pakcik pangkah dia, tu baru kempen. ooo macam tu rupanya kempen. ingatkan suruh je pengundi pangkah pkr je pakcik, hisshh kau ni dah lama mana jadi perayu undi, sampai kempen pun tak tahu. dah lama dah pakcik dari zaman yusof rawa lagi jadi yangdipertua pas, laa dah lama rupanya tapi kenapa tak pandai kempen, saya orang pas pakcik jadi tak tahu kempen gaya pkr, sebab tu saya suruh pakcik pangkah pkr je, dan satu lagi tadi pakcik dah berjanji nak fikir kalau pas bertandingkat sini, mungkin pru yang akan datang pas akan bertanding, jadi pakcik jangan lupa yang pakcik nak fikir balik kalau pas masuk calon. saya pegang janji pakcik kerana pakcik adalah melayu, pakcik tu diam je, mungkin silap cakap kot dengan aku, tak cakap banyak lepas tu ajak aku minum je, lepas tu salam mintak diri, pakcik dan makcik umno tak gembira kerana janji janji dia dengan aku. mana tahu dia pangkah pkr dulu nak langsaikan janji dia dengan aku. hehehe

Ulasan