berita berita malam hulu selangor

malam ni aku malas nak bergerak kemana mana, badan dah penat sangat, peluh dah bergelen gelen keluar, hajat hati nak meronda kawasan lain, petang tadi aku dah meronda ronda ke kawasan dap, walaupun berita berita angin tersebar hebat kedalam markas pas, ramai petugas petugas pas nak pergi dengar kuliah maghrib dari tok guru nik aziz, dan tok guru dah keluar statement panas kepada kickdecolla, tak lama lagi ada lah kickdecolla mengaruk, tapi kita settle dulu masalah hulu selangor,kickdecolla ni tak lah hebat sangat, orang kelantan dah kata, kita akan buat dia makan keju dengan budu nanti. berita berita angin dibawa masuk kemarkas pas dan pkr,alah kerja kerja perang saraf dari btn ni. macam tak biasa orang pas ni, nampak macam cemas je. buat buat cemas sikit dalam markas bagi musuh rasa dah berjaya sebarkan khabar angin. muhyidin kata dia akan memintas semua serangan pembangkang kat hulu selangor. hang boleh pintas apa saja muhyidin selagi ada musuh dalam pkr yang bagi maklumat, esok hang tahu le nak pintas ke tak, plan strategik dah berubah 100% kerana dah tahu bocor ketangan umno.

petang tadi masa meninjau kawasan dap, lama dah aku dok mendap di tanah felda rupanya, rupanya jentera dap dah banyak berubah, dulu dap punya stail jumpa salam bagi risalah, dap tak pergi kerumah rumah, dap pi pasar pasar kat ramai orang, tempat tumpuan orang pengundi diwaktu pagi tengahari, petang dan malam, sekarang dap dah mulai masuk rumah ke rumah, sempat jumpa dua tiga orang dap, dap ni aku kenal masa bukit selambau, masa kereta dia orang rosak dalam masa berkempen, orang dap dtg dengan duit sendiri jugak macam aku. baiki keta pun kongsi duit, tapi tetap datang, masa kat bukit selambau diaorang pada mulanya tak mesra dengan aku sebab aku orang pas, tapi dia meraikan aku kerana aku tolong dia, tapi jadi sahabat yang baik selepas itu.

sekarang jumpa balik kat prk hulu selangor, mesti ajak minum minum, soalan aku yang pertama kepada mereka kenapa penasihat mereka lim kit siang kata zaid kena dapat undi 85% kalau nak menang prk hulu selangor, mereka kata pasai mereka dapat maklumat undi melayu tak akan berswing banyak kepada zaid, jadi dap merasakan kalau zaid dapat banyak undi cina, zaid akan menang. ooo macam tu ka, itu macam tu la kawan, kita orang akan pastikan undi cina berswing pada kadar itu nak bagi zaid menang. siang malam kami kerja, dan pastikan kawasan kami bersih daripada fahaman barisan nasional. sahabat dap kata tadi masa berkempen mereka ada jumpa chua soi lek, sempat lagi mereka mintak viagra kat chua, chua kata nantilah dia jadi menteri kesihatan balik baru boleh bagi. tengok dap dan mca bertembung tengah jalan pun boleh bikin joke. kita melayu haram nak bertegur sapa.

member dap cakap itu halili banyak suwey punya orang, sudahlah lompat bagi kenyataan jahat wooo pada pkr, mulut dia bau longkang lah. macamana lu punya tempat, banyak masalah ka, aku jawab banyak woooo, sampai nangis orang pas merayu nk dapat undi. banyak susahlah nak bagi orang melayu swing, tak apalah kata kawan dap, kalau vote cina berpusing, mungkin zaid akan melakukan kejutan. lu tak pergi sambut lu punya big boss kat dtg hari ini, tak lah, tok guru nik aziz marah kalau aku pergi sambut dia, kerana nanti banyak kerja terbengkalai, hehhhe, yelah kalau semua olang dah sambut dia, banyak kubu kosong itu umno pasti masuk bawak suwey. kita berpisah selepas 45 minit bertukar pendapat untuk melakukan terusserangan keatas barisan nasional. dap pun berpeluh sakan berkempen untuk pkr. last soalan, datang prk hulu selangor ni sponsor ke atau balik nanti boleh claim ke, mereka kata sponsor dari dalam poket sendiri dan balik nanti claim dengan tuhanlah, dap sengkek apa kata mereka. heheeh sama jugak dengan parti aku. nasib jadi ahli anggota parti pembangkang ni.

Ulasan