beli kickdecolla

kickdecolla telah mengaku menerima peruntukan sebanyak 4 juta ringgit malaysia, pehhh kayanya kerajaan kelantan, kickdecolla begitu berjaya menimbulkan persepsi kepada rakyat kelantan iaitu umno dan barisan nasional adalah tidak elok, berjaya sungguh hanturaya ini, aku kalau aku tahu kickdecolla ini seorang yang begitu hebat didalam gerakan perang saraf, pasti aku akan suruh pas terengganu yang dikatakan amat gila nak berselingkuh dengan umno membeli kickdecolla yang amat hebat menulis dalam blog atau perang saraf yang pas adakan untuk melumpuhkan gerakan umno diterengganu. pasti ayah cik akan kembali menjadi mb ataupun pas terengganu akan kembali menjadi parti pemerintah di terengganu, cuma hari ini aku baru tahu yang kickdecolla begitu hebat sampaikan boleh mengalahkan kerajaan umno dan barisan nasional dengan hanya pas kelantan memiliki beliau seorang.

kalau inilah kehebatan kickdecolla aku rasa pas kelantan tak akan tinggal satu kerusi, mungkin masa itu kickdecolla belum menerima peruntukan sebanyak 4 juta, lumayan bayaran peruntukan yang diterima tu sampaikan lumpuh kerajaan umno dikelantan, dihulu selangor rm100 juta diperlukan untuk melumpuhkan satu parlimen dari tangan pakatan rakyat, ini hanya 4 juta sahaja dah mampu menakluk seluruh kelantan cuma gagal dijeli dan gua musang, mungkin disini tak sampai perang saraf kerana orang asli tak membaca blog kickdecolla kalau tidak dengan gua musang dan jeli disapu bersih oleh pas kelantan.

pas kelantan yang perlu seorang aje yang boleh meruntuhkan membunuh umno dikelantan, tahun depan aku nak suruh pas terengganu beli dan bela kickdecolla untuk menghadapi pru yg ke13, tahun pru yang akan diadakan pas terengganu dah boleh bersiap siap untuk mengambil alih tampuk pemerintahan umno, kita boleh terajang matsaid dan sekutunya, kalau haji harun tak nak beli, aku akan suruh wahid beli, sebab wahid pegang duit kat pas terengganu, kalau setakat 4 juta celah jari kaki wahid je.tak apa aku rasa wahid endut sanggup bayar lebih pada kickdecolla, sebelum pengurus lain sambar baik pas terengganu sambar kickdecolla, lepas memerintah boleh pas terengganu terutama songkok putih ek dengan adukatarakguna dengan tulangbesi. server tko akan diubahsuai dengan kelajuan tahap cahaya, update setiap minit, iklan iklan ditko akan diberi secara percuma.

bulan jun ni kickdecolla boleh dah memulakan tugas di terengganu, mula mula bertugas dulu dibangunan sementara dijalan pusara, sementara nak mengambil alih terengganu, selepas menang kita bagi kickdecolla bangunan dengan agensi pembangunan masyarakat terengganu, dekat dengan wisma daruliman, gaji apa barang main 4 ribu kita up lagi sampai 10x  ganda dari kelantan bayar, kita ada duit ehsan apa, kita boleh bayar perkhidmatan orang yang amat hebat ini, hanya seorang je boleh runtuh kerajaan umno. mesti tulangbesi cemburu dengan kehebatan kickdecolla, walaupun tak dilantik jawatan ceo kickdecolla masih lagi bergaji mahal dan lebih dari gaji menteri besar, tulangbesi je yang bergaji 6 x exco,

tapi kalau kickdecolla datang bertugas diterengganu, semua rahsia pas kena simpan dulu jangan ada satu tertinggal walaupun contengan dan kertas minit mesyuarat tahun 1000 sebelum masihi, masih berguna buat kickdecolla, kalau ada mesyuarat dengan pemimpin utama pas terengganu kickdecolla jangan dibawa masuk bersama nanti dia akan buat rakaman dan edarkan kepada umum. kalau dia jumpa tok guru haji hadi jangan bagi dia cium tangan bagi dia cium hujung kaki dah lah, nanti dia lawan tokey. kunci opis pun jangan kasik kat kickdecolla hatta kunci jamban nanti habis cerita dalam bangunan pas terutama jamban pun akan ditulis dalam blognya. laman web kickdecolla kena tukar sebab dia dah berpindah ke terengganu. laman web baru dia kat terengganu nama dia http://www.sepakdeliar.wordpress.com/ mesti hebat laman web ini nanti, setiap hari akan penuh dengan berita berita yang boleh menjatuhkan kerajaan mat said yang dah hampir putus haid kerana asakan asakan 10 budak hitam yang masih benci dan dendam kepada mat said.

Ulasan