analisa 2 prk hulu selangor

tadi acara mengutuk ulamak kepala lutut, aku baru je sampai menjejakkan kaki ke negeri terengganu darul perpaduanng, sebelum balik rumah pi kedai kopi dulu, sembang dengan puak puak pas yang tak nak datang jaga felda, yang banyak bagi alasan kesibukan menjaga diri sendiri. hehehe. tanya macamana ni jaga felda pun kalah, kau orang ingat jaga felda macam usop noor jaga ke, usop noor jaga felda dengan baham duit felda, aku jaga felda untuk ajak orang felda mengundi pakatan rakyat, tak sama tu. aku jaga pakai air liur je, mana orang felda nak pandang. usop noor tak sampai pun, najid dah sampai bawak karung, bagi duit beribu ribu, mana mata tak kelabu weehhhh. kalau bukan orang felda pun, dapat banyak duit mesti lari punya, jangan cakaplah, iman kuat le, cakap apa saja sebelum dilambakkan duit depan mata.

aku tak nak kutuk orang felda, aku mengaku aku gagal menjaga felda, aku kecewa aku tak mampu meningkatkan langsung undi untuk zaid berahim, 80% orang felda adalah orang umno sejati, kalau pemimpin umno kata A , A lah mereka. dah lama dah umno jaga felda, dah 5o tahun, aku jaga felda 8 hari je, aku tak punya tongkat sakti nak bagi orang felda tunduk dan patuh kepada arahan aku. kita datang kempen selama 8 hari, umno dah berada macam patung disitu selama 50 tahun. umno dah masak dengan felda, dah ranum. pakatan rakyat masih belum bertapak kukuh kerana masa ia bertapak tak ada followup dari pemimpin, dalam masa 8 hari nak memusingkan 360 darjah adalah satu kerja mustahi. perlukan latih tubi barulah felda akan menjadi tapak yang subur untuk pakatan rakyat.

mazlan aliman pun tak punya jawapan yang konkrit, isu isu yang ditimbulkan oleh umno tak dapat dijawab dengan baik oleh pakatan rakyat. dan ada juga isu isu yang ditimbulkan sendiri oleh pas kepada pas, tak ke bangang keja macam tu, dan hari ini dah terbukti bahawa memang wujud unsur sabotaj kepada pas terengganu, kalau boleh masa perang tak nak lah berperang sesama sendiri, tapi sekarang dah tamat masa perang, kita perlu perangi kumpulan yang ada dalam pas yang mempertikaikan apa yang pas buat dan apa yang pas tak buat. maklumat tak bocor ketangan musuh tapi sikap dan ada tangan tangan jahat yang meracuni pemikiran petugas petugas pas. betapa jahatnya perangai musuh musuh ini. dan kejahatannya akan bertambah dari semasa ke semasa. dan tak akan surut selagi ada yang membela pas dari kejahatan mereka.
bersambng........ aku ngantuk ........... bior aku tidur dulu sebelum membelasah lagi golongan celaka ini.

Ulasan