akhirnya kekanda husam bersuara

akhirnya kekanda husam bersuara juga kepada kerja kerja jahat kickdecolla, inilah yang aku tunggu selama ini, alhamdulilah husam masih bersama tok guru nik aziz dan aku yakin dia akan bersama tok guru tidak kira masa susah dan senang. walaupun tidak menyebut secara langsung kepada kickdecolla sekurangnya meredakan resah hati penyokong pas yang masih mengharapkan husam masih bersama perjuangan tok guru. mungkin ini perjelasan pertama beliau selepas menghadapi pelbagai tuduhan dan persepsi yang buruk kepada beliau. aku cuma berharap dan berdoa agar husam jangan tergelincir dari perjuangannya bersama parti islam.

mungkin selepas ini kickdecolla akan mengigit husam pula selepas husam mengeluarkan kenyataan terhadap beliau. biasalah kalau hanturaya lapor dia tak akan kenal kawan dan lawan. kata katanya dalam blog cetusan hatinya dapat meredakan sedikit gelora dihati pendokong dan ahli pas. aku secara peribadinya mengkagumi bakat dan kehebatan seorang pemimpin yang berada dalam saf pemimpin utama pas. semoga selepas ini tiada lagi serangan ditujukan kepada husam lagi. husam dah bagi penjelasan dan dimana beliau berada sekarang. jangan ada lagi yang menimbulkan persepsi buruk kepada husam. hentikan semua telahan dan pandangan. kembali dan bersatu kembali dan rapatkan saf dan pastikan musuh yang sama

Ulasan

  1. yaa..akhirnyaa..
    setelah diasak oleh ahli pas supaya bersuara
    dan setelah namnya sendiri di sebut syed botak lanun tu dalam n3 terbaru dia
    barulah husam bersuara

    oklah dari tak cakap langsung
    cuma lambat sangat

    BalasPadam

Catat Ulasan