2 hari sebelum penamat

salam dari hulu selangor, awalnya orang politik bangun, kedai penuh, selepas subuh pun dah ramai berjalan, riadah, bagus juga ada prk ni, yang mana malas bangun solat subuh dah bangun, yelah tak bangunkan member pandang semacam je, kalau kat rumah belum tentu bangun kalau letih, takutkan sahabat lebih dari takutkan api neraka, malu alang kepada sahabat kalau tak bangun solat subuh, tak apalah sekurangnya bangun solat walaupun darjatnya kurang dari 100. yang paling hebatnya boleh subuh berjemaah, rupanya dalam berjuang allah bagi pahala yang banyak, kalau ditakdirkan pakatan rakyat kalah, kita masih menang kerana berjaya menambah pahala, duduk kat rumah belum tentu dapat pahala subuh berjemaah, susah nak subuh berjemaah kalau ada kat kampung, kakilima surau tak berapa nak kenal kita yang sekali sekali berjemaah subuh. sibuk memanjang. alhamdulilah ada ganjaran rupanya allah nak bagi.

hari ini hari ke 2 terakhir dalam usaha menentang umno dan barisan nasional, muslimat pas atau srikandi perlu dilindungi sebaik mungkin, provokasi provokasi yang akan ditimbulkan semakin hebat, ini cara btn untuk memudahkan kerja mereka, kerja merayu undi ini dalam suasana panas, jadi btn akan datang memanaskan lagi suasana. bila perayu perayu undi tak mampu menahan perasaan tu yang jadi masalah besar, semalam pas menambah lagi kekuatan atau tidak ntahlah, tapi aku tengok makin ramai yang datang, yang tidur tumpang selimut aku pun baru sampai, dia kata sampai pukul 4 pagi, ntah aku tak sedar, dia kata dari trg tapi kawasan mana tak tahulah. aku rasa pas bukan menambah kekuatan kapasiti 100% tapi dah meningkat 200%, ramai gila orang pas yang sampai, hari ni kalau tak dapat tarah satu felda tak tahu lah aku. makin ramai yang sampai makin susah big boss nak buat rancangan. tapi pasukan peninjau dah keluar awal, mereka dan buat strategi baru semalam, aku harap swing undi dapat berswing tak banyak tak apa dalam 400 atau lebih kalau dapat seribu di felda, selamat jalan kamal alan dan nathan, kasihan zaid, orang lain lawan calon barisan nasional sorang je tapi zaid kena lawan 3 orang.

umno dan barisan nasional dah mula berkubu difelda dari hari rabu lagi, perang saraf yang dilancarkan oleh pakatan rakyat kerana untuk tutup kebocoran yang dibuat oleh dr halili berjaya mengurangkan sedikit. walaupun luka dan berdarah, sekurangnya darah dah berhenti, pedih akibat luka yang masih terasa, lepas dr halili umum keluar pkr, statistik yang amat menakutkan pakatan rakyat, yang tulis di blog best je cakap, baguslah dr halili keluar kurang sorang pengkhianat. kat hulu selangor jentera prk semacam nazak, semua pening lalat, kalau pakatan rakyat tak mampu tutup damage yang dibuat oleh dr halili dalam masa 2 hari, kita boleh kemas kemas barang balik kampung jelah, mujurlah ada general yang pintar dan bergeliga otaknya dapat menyusun kembali kubu kubu yang ranap dan dapat beroperasi walaupun senget sikit, yang penting kita masih mempunyai peluang kembali untuk menang.

semoga pakatan rakyat lebih hebat mara hari ini, selepas solat jumaat bermula operasi baru, dalam usaha membersih fahaman umno dan barisan nasional yang sudah lama tertanam di hulu selangor. kalau tak berjaya gali sampai ke akar umbi kerana kesuntukan masa, kita racun dulu peringkat atas, bagi jangan dia hidup terlampau subur. pasukan peninjau dah kembali dan pasukan menyerang akan masuk ke kampung, tapi hari ini ada masalah sikit, kerana akan terhenti dimasa solat jumaat, harapan semoga muslimat dan srikandi dapat menjaga kubu dalam sejam dua. bimbangnya ada pihak musuh menyelinap diwaktu solat jumaat. kalau tak berjaya disekat, kita serang balik lepas solat jumaat.

Ulasan