tulang besi kepanasan di lombok

akibat pendedahan berani mati oleh batuapi@firestone, tulang besi dah mulai kepanasan, sampaikan tulang besi mengatakan siapa yang membocorkan maklumat ahli pas yang "highly classified" patut dihukum mati seperti mana yang berlaku dalam tentera. teruknya batuapi@firestone ini sampaikan rumah lama tulang besi pun dia tahu, tulang besi sendiri dah lupa alamat rumah lamanya kerana terlampau lama di luar negara dan juga kerana dendam kepada hassan ali sampaikan semua kenangan dihapuskan di ingatan tulang besi.



ini bermakna apa yang tulang besi belajar kitab mastika hadith yang menjadi satu propaganda tulang besi yang mengaitkan diri betapa pasnya beliau dari orang lain, berkemungkinan besar tulang besi dah jauh dari kitab mastika hadith, isi kandungan yang dipelajarinya mungkin dah tersasar jauh dari fikirannya. ingat ingat lupa, segala percakapan dan tulisan tulang besi tentang apa jua tentang pas zaman silam dan juga isi kitab mastika hadith pembaca lamanweb beliau boleh meragui kesahihan si pelupa ini. mana ada orang yang terlupa dengan kenangan jika dia dengan dengan kenangan. pas sebenarnya tiada dalam hati tulang besi, pas hanya menjadi batu loncatan untuk mendapat harta, pangkat dan kuasa, maklumlah tulang besi masuk pas dari umur 13 tahun mengikut perkiraan ali zaidan. semua percakapan, tulisan dan juga aduan kepada JK Disiplin pas oleh tulang besi boleh dikira terbatal kerana tulang besi mempunyai ingatan yang lemah, orang putih kata low memory.


berikutan dengan pendedahan batuapi ini, tulang besi terpaksa menggunakan nama yang selalu dia benci stopa ali iaitu SUA PAS dalam usaha menghalang pendedahan lagi oleh baruapi@firestone. harapan beliau yang menggunung adalah sibatuapi ditangkap kerana mendedahkan beliau, batuapi dah membogelkan tulang besi bukan sahaja isi, kulit dan isi isinya sekali batuapi dedahkan. demi maruah pas dan setiausaha agung pas tangkaplah batuapi dan hukumlah kata tulang besi. kena sikit dengan batuapi dah meraung raung, belasah jawatankuasa disiplin sampai koyakrabak dan maruah pas tercalar tak apa pulak. kena diri sendiri terpaksalah mintak tolong dengan orang yang paling dia benci. inikah sikap pas musang. siang jadi musang bila malam bertukar menjadi siamang.


kalaulah geng perpaduan dah menguasai pas kenapa tulangbesi yang mempunyai maklumat dalaman tidak dapat menghidu atau mengetahui lebih awal sebelum geng perpaduan menguasai semua organ dalaman pas, atau sebenarnya tulang besi tidak mempunyai maklumat dalaman pas hanya fitnah semata mata yang dilemparkan kepada pas hanyalah untuk menjahanamkan pas bukan nak membaiki jemaah rupanya. biasanya spy spy dalam pas akan membekalkan maklumat kepada tulangbesi tapi kenapa spy spy ini dah dibuang dari dalam pas, tulangbesi kehilangan maklumat dan yang ada cuma cubaan tekaan dan fitnah kepada pas.

Ulasan