tulang besi dah insaf?

salam pembersihan raja laut. selepas mengadakan perjumpaan dengan SUA Pas stopa ali, tulang besi telah membuat pengakuan bahawa stopa ali adalah seorang yang professional dalam menjalankan tugas tugas beliau sebagai SUA pas. pengakuan ikhlas ke tak ikhlas (kena bersangka baik kpd tulang besi) telah dimuatkan dalam laman web barua tulang besi iaiti pakaq wartawan bergaji diharakah. tulang besi lupa ke yang stopa ali ni adalah seorang yang beliau balun cukup cukup dalam laman web beliau. stopa ali juga dilabelkan sebagai orang yang mempengaruhi TGHH dalam membuat keputusan utama dalam pas. stopa ali juga dikatakan pernah menasihatkan TGHH sewaktu TGHH menjadi mb terengganu dahulu. nasihat stopa ali lah yang membawa runtuhnya kerajaan pas di terengganu.


bagaimana seorang yang begitu banyak melontarkan perkara perkara negatif tiba tiba membuat pengakuan yang seorang dari pengagal projek kerajaan 16 september dan juga penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang lebih dikenali sebagai UG. “Bagi saya, (Mustafa) seorang pemimpin PAS yang begitu terbuka, tidak seperti pemimpin PAS tertentu yang selalu marah kepada blogger-blogger seperti saya,”jelasnya. inilah pengakuan tulang besi dalam blog pakaq. kalau salah pengakuan ini sila bertanya kepada pakaq kerana pakaq memerangkap PA tulang besi dan pencacai kepada pas recond.


apakah stopa ali menjanjikan sesuatu yang baik untuk tulang besi sampaikan tulang besi memuji begitu sekali stopa ali, apakah stopa ali menjanjikan jawatan ceo jika pas memerintah malaysia pada PRU yg ke13. apakah ada perjanjian dibelakang supaya tulang besi menarik balik aduan aduannya kepada pas, jika ini berlaku yang pasti pakaq, alibangang, albakistani mesti kecewa kerana ketua mereka dijanjikan habuan yang lumayan dan mereka akan dipinggirkan kerana tidak beroleh apa apa ghanimah dalam perjanjian ini.


badan jawatankuasa disiplin pas akan menentukan kesahihan tuduhan dari aduan tulang besi berasas atau tidak. apakah JK disiplin pas akan membuang juga aduan tulang besi sepertimana JK disiplin membuang aduan dollah karim. exco pemuda yang bersenang lenang diluar negara selepas melemparkan tuduhan jahat kepada JK disiplin pas. kerja kerja jahat akan berterusan jika apa yang dikehendaki tidak terlaksana dan gagal dicapai. tindakan cerdik dari stopa ali untuk mengelakkan tulang besi terus membuat aduan kepada JK disiplin dan menulis dalam laman sesawangnya untuk memburukan pas dimata rakyat malaysia.

Ulasan