serangan dari task force 13

ketua task force 13 dengan gaya seorang maksum terus menyerang TGHH selepas menyepi dari menyerang TGHH selama dua minggu. laman sesawang malaysianwave kembali hangat dan popular kerana serangan ini. serang sesiapa saja yang ada connection dengan TGHH. laman sawang perisik rakyat untuk menjadi tempat lepak puak puak task force 13. perancangan serangan besar besaran akan dilakukan untuk melakukan damage kepada imej TGHH dan pemimpin pemimpin yang bersama sama mempertahankan pas dari blogger celaka. pelbagai bentuk serangan telah direka dan digaul dengan fitnah akan menjadi makanan harian setiap detik dan waktu puak puak task force 13.



selepas tulang besi memulakan serangan, pernambahan dari maklumat, atau percambahan idea akan dikembangkan oleh blog blog yang menjadi pengikut kepada tulang besi. perisik rakyat akan menyiarkan apa saja kata kata tulang besi kerana tulang besi penulis tamu di blog perisik rakyat. agenda utama puak musang ini adalah mengcelakakan pemimpin pas dan jemaah. sikap dendam, irihati dan mahukan pangkat, kuasa dan wang adalah jelas tergambar di penulisan tulang besi. cita cita tulang besi telah dihalang oleh hassan ali. hassan ali tahu siapa tulang besi dan hassan ali dapat menghidu kejahatan yang ada dalam diri tulang besi dan tidak memperkenankan hasrat tulang nak menjadi ceo. kalau tidak mesti ada anak syarikat selangor bangkrap kerana salahguna kuasa dan akan mungkin menjadi bangkrap kerana ketidaktelusan dalam mengurus sumber anak syarikat ini dibawah jagaan tulang besi.


blog perisik rakyat akan terus menyalahkan presiden pas dalam mengagalkan kerajaan 16 sept, jika kerajaang ini berjaya pastilah poji akan menjadi salah seorang yang penting dalam kerajaan 16 sept. kerajaan yang dipenuhi oleh katak katak gemuk yang akan menjadi belaan nuar berahim. nampaknya apa saja perkataan presiden pas akan dipusing diputar untuk menjadikan presiden pas berada dalam kandang orang salah. presiden pas tidak pandai menggunakan apa yang ada dalam menjatuhkan umno. cerita yang sebaliknya dari raja petra tidak diperdulikan oleh perisik rakyat, perisik rakyat dah bertukar menjadi perisik setan dan penuh dengan fitnah kepada presiden pas. mungkin ini kerana hasil didikan usrah barbican kerana meraikan kepulangan mursidul am tulang besi dari lombok.

Ulasan