Murid dakwa guru cakar pipi - report polis

apa masalah ibubapa sekarang, terlalu memanjakan anak anak dalam membentuk jatidiri menjadi penduduk dimasa akan datang, menengok pada keadaan semasa semua ibubapa memanglah mahu yang terbaik kepada anak anaknya. tapi sikap memanjakan anak anak akan merosakan bangsa itu sendiri, masa tahun 70an 80an tiada langsung kes kes cikgu pukul anak murid atas dasar mengajar dibawa ke muka pengadilan. tapi sikap itu dah berbeza dengan ibubapa sekarang hanya kesalahan kecil cikgu terpaksa berhadapan dengan soalsiasat polis dan terpaksa menghabiskan masa berhari hari memberi keterangan, apalah sangat kecederaan anak hanya terguris akibat dicakar oleh cikgu.


pada masa dahulu semasa ada public canning, murid murid sekolah tidaklah sebiadap sekarang. tidak berani melawan cakap cakap cikgu, lawan cakap makbapak, tapi kerana ada segelintir makbapak yang amat bangang menjadi cikgu menjadi takut untuk mengajar supaya menjadi anak- anak yang berguna, dibiarkan pelajar lepas laku tanpa sebarang pengawasan disiplin kerana takut berhadapan dengan mahkamah, polis dan silap silap tergadai pekerjaan. oleh sebab makbapak sekarang terlampau pandai mendidik anak tanpa boleh disentuh oleh orang lain menyebabkan anak anak mulai biadap dan kurang ajar kepada cikgu dan kepada orang sekelilingnya.
malangnya menjadi makbapak dizaman gerhana ini, makbapak terlampau sayang kepada anak anak dan sampaikan membiarkan anak anak terus bebas lepas laku, jika guru ditegur atau merotan atau menjentik akan diadukan kepada polis, sampaikan polis menjadi terlampau banyak kerja sampai semua kena ambil laporan daripada pengadu. apa punya malang ini mempunyai ibubapa yang seperti ini. semua diambil hal, cuma sekadar terguris akibat cakaran pun buat report polis, mungkin bapa pelajar ini terlampau banyak masa dan terlampau mengambil berat tentang anak anaknya. atau bapa seperti ini mengajar anaknya menjadi bangang.
kalau dulu dulu, kalau balik cakap cikgu rotan, pelajar itu pula akan dirotan oleh bapa, zaman itu dah berlalu, makbapak sibuk mengambil hal sangat tentang pelajaran anak anak dan melahirkan anak anak yang manja tiada semangat nak hidup, terlampau bergantung kepada makbapak. silap cikgu, pasti cikgu akan berhadapan dengan saman, laporan polis dan juga serangan fizikal didalam sekolah, disekolah bukanlah tempat kebal lagi untuk cikgu cikgu berlindung diri dalam usaha mendidik anak bangsa yang makin celaka. dulu pelajar yang hormat dan takut kepada guru guru sekarang dah terbalik cikgu cikgu pula yang takut kepada anak murid. mungkin generasi bebal akan menghiasi zaman akan datang.

Ulasan