kenapa tak bertindak dulu sebelum terlambat

esok akan diadakan demo untuk katak katak yang lompak masuk dalm semak, aduhai malang jadi penyokong pembangkang ni, asyik kena kelepet je dengan pemimpin. siang malam pasang bendera, siang malam buat culaan undi, siang malam kena hadap orang umno dan yang sewaktu dengannya. selepas 3 ekor katak melompat barulah nk diadakan demo, apakah demo ini mampu untuk katak katak tersebut melepaskan jawatan mereka jawapannya senang aje, tidak kerana yang berdemo esok adalah orang luar dari kawasan mereka. jadi dengan lidah yang fasih mereka akan menjawab kenapa orang dari kawasan lain lain yang sibuk berdemo, rakyat dikawasan ini bersetuju dengan saya. itulah jawapan yang sama antara katak katak terutamanya katak kat pasir mas, bapak segala katak.


begitu juga akan diadakan solat hajat 7 hari 7malam supaya katak katak ini melepaskan jawatan yang mereka sandang yang dijadikan bahan untuk penawaran harga pasaran. bukan semudah itu mereka ini akan melepaskan jawatan ini sehingga pru yang 13 berlaku. katak katak ini dengan senang hati menggadaikan prinsip perjuangan dengan wang yang bernilai berjuta juta rm. begitu mudah mereka mendapatkan habuan tidak perlu bersusah payah meredah malam hari untuk berceramah, sekadar hanya keluarkan kenyataan keluar dari pembangkang dan menjadi bebas atau tidak mesra umno.



kenapa solat hajat tidak adakan dulu sebelum 3 lagi ekor katak melompat, dulu sebelum katak ini melompat sepatutnya pemimpin pr mengadakan solat hajat 40 hari 40 malam agar allah tidak membuka pintu pintu fitnah dalam pakatan rakyat dan juga menutup hati hati yang inginkan habuan dunia didalam umno. solatb hajat dikira sudah terlambat dalam memohon kepada tuhan, walaupun akan ada suara suara yang membentangkan hujah yang menyokong solat hajat. lebih baik solat 7 hari 7 malam digantikan dengan doa yang lain, memohon kepada allah semoga mp mp yang ada terus bersama pakatan rakyat. bukannya melompat mengikut giliran. broker sudah bersiap sedia dengan plan baru untuk membeli mp mp yang sedia menggadaikan maruah mereka, alah duit banyak boleh membeli maruah apa. rakyat pembangkang je benci rakyat kerajaan umno menyanyanyi mereka. ini lah langkah yang terbaik bukannya solat hajat biar pecah perut.
demo yang dianjurkan boleh digantikan dengan mengadakan ceramah untuk mengutip derma untuk melawan dan membina semula tembok tembok yang selama ini goyah kerana bedilan umno. membaiki keseluruhan jentera penerangan dalam menghadapi serangan umno lebih baik dari menganjurkan demo yang mungkin tidak memberi faedah kerana akan berhadapn dengan jentera polis dan yang sewaktu denggannya.

Ulasan