kawan yang baik adalah PAS

dalam sejarah pas, pas telah membuktikan bahawa pas adalah parti yang paling setia dengan sahabat, parti 46 yang diketuai oleh Ku li telah menghulur tangan untuk menjadi sahabat pas, dan pas kembali berkuasa di kelantan, ku li menepis tangan pas untuk kembali berjabat tangan dengan umno, pas ditinggalkan sendirian, pas meneruskan tradisi bersangka baik dengan sesiapa sahaja yang menghulur tangan untuk menjadi sahabat dalam menentang umno. berahim aloi datang menghulur tangan kepada pas dan duduk diserambi pas dan akhirnya pas atas dasar bersahabat merelakan kerusi pasir mas diberikan kepada berahim, akhirnya berahim menjadi anjing liar yang menyalak orang yang pernah menyelamatkan dirinya.


datang pkr menghulur tangan kepada pas, pas menyambutnya dengan hati yang ikhlas, datang dap menghulur tangan pas masih menyambutnya walaupun pemimpinnya terus mempertikaikan apa juga hasrat pas, kenapa sampai hari ini masih lagi blogger yang masih mempertikaikan keikhlasan pas dalam bersahabat, blogger masih terus mendendangkan dan seringkali mengulang perkara perkara yang sama, pas mesti jujur dan ikhlas dalam bersahabat, apakah parti dalam pakatan rakyat jujur dalam bersahabat dengan pas? sepatutynya blogger tak perlu bertanya soalan yang serupa kepada pas, tanya soalan itu kepada pkr dan dap juga, apakah mereka sahabat yang baik kepada pas.


blogger pengyanjung terus mempersoalkan pas, apakah ketiadaan pemimpin kanan pas untuk hadir dalam setiap perbicaraan kes liwat nuar berahim dijadikan ukuran bahawa pemimpin pas tidak bersama nuar berahim, begitu singkat pemikiran blogger yang bernama cilipadi007, blogger yang masih lagi dengan dendam UG yang tidak kesampaian sampai hari ini, cilipadi terus dengan agenda khianatnya kepada pas, TGHH dipersoalkan kenapa tidak datang untuk memberikan sokongan anuar berahim di mahkamah, sedangkan TGNA datang memberi sokongan, apakah mursiyudl am pas bukan pemimpin pas, sampai semua pemimpin pas perlu hadir untuk memberikan sokongan kepada nuar berahim.


apakah cilipadi ini faham dalam pentadbiran parti, apakah yang dibincangkan dalam menguruskan 4 negeri yang diketuai oleh pakatan rakyat, kenapa mempersoalkan benda benda yang remeh, datang ke mahkamah lebih penting memberi sokongan dalam meneruskan pentadbiran sokongan kepada pentadbiran kerajaan yang ada di 4 buah negeri, perkara ini telah dibincangkan oleh mesyuarat pakatan rakyat, setiap pemimpin ada tugas tugas khasnya sendiri, mungkin cilipadi akan terus mempersoalkan tak akan tiada masa langsung untuk hadir memberi sokongan, apakah setiap askar hanya perlu pandai menembak baru dikatakan askar, cilipadi pandai menulis tentang strategi, tapi tidak faham dalam seni pembentukan satu pasukan yang menjadi benteng kepada pentadbiran negeri,


cilipadi lupa pada masalah negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat, bagaimana harus menguruskan kepentingan negeri dalam konteks kerajaan campuran, pas, dap dan pkr. nuar berahim pun faham masalah yang dihadapi oleh pentadbir kerajaan negeri di 4 buah negeri, sebagai presiden semua 4 negeri adalah dibawah tanggungjawabnya, cilipadi ingat tghh ini duk goyang kaki macam adukatarakguna duk rumah menulis blog, apakah cilipadi ingat menjadi presiden tidak perlu hadir ke setiap negeri berjumpa dengan negeri negeri lain, yang mana didahulukan akan didahulukan. TGHH faham sangat erti bersahabat, TGHH tak pernah khianat kepada sahabat, cuma kehadiran TGHH di pertikaikan aku rasalah cilipadi perlu ikut perkembangan TGHH bukan hanya duduk depan komputer dan menulis apa saja yang terlintas difikiran.


apakah cilipadi ingat MB kedah berseorangan dalam mentadbir negeri kedah, apakah mb kedah hanya tidak bergantung kepada pas pusat, cilipadi ingat pas kedah boleh memerintah jika tiada negeri lain memberi sokongan, siang malam mereka bermesyuarat untuk memberikan faedah kepada rakyat, memberi kesejahteraan kepada rakyat, dengan keadaan kerajaan negeri disabotaj dan dalam keadaan kewangan negeri yang merunding dan dengan bebanan hutang yang menimbun apakah pilihan yang ada kepada pemimpin pas untuk melaksanakan amanah kepada rakyat. jangan pandai menuduh kalu tidak tahu, dan menulis hanya untuk kepuasan diri dalam usaha untuk menjatuhkan kepimpinan PAS.

Ulasan