JOM heboh dah lulus penapisan di kelantan

JomHeboh dulu memakai nama sureheboh telah lulus untuk di langsungkan di negeri serambi mekah, bagaimanakah program program yang banyak menjuruskan haramnya program terbitan tv3. adakah program ini telah diluluskan oleh kerajaang Perpaduan yang seringkali salahkan oleh wanji dan juga topeng perak, mungkin topeng perak unmasked boleh menceritakan bagaimana program tv3 yang merupakan program anak syarikat umno boleh lulus di negeri serambi mekah. atau ketua taskforce 13 yang diketuai oleh pakaq boleh menghuraikan apa yang terjadi diserambi mekah.



mungkin ularmak wan ji yang akan melancarkan buku terbaru oleh TGHH di pwtc, apakah pwtc ini milik kerajaan kelantan atau pas kelantan. bagaimanakah pencetus idea kerajaang perpaduang boleh menjalankan upacara perasmian. buku kalimah yang ditulis oleh puak puak taskforce13 dirasmikan oleh pencetus idea UG yang digayang habis habisan oleh puak puak task force 13. apakah puak puak TF13 telah mengaku kalah tidak mampu untuk menjahanamkan imej presiden pas, dan usrah TF13 baru ini mengambil keputusan, kalau tidak boleh menang dengan menentang kita kenalah join mereka. mungkin ada agenda jahat semasa perasmian buku yang akan dilangsungkan, persepsi buruk kepada presiden pas akan terus berlaku.



topeng perak unmasked yang seringkali mengagungkan negerinya adalah negeri yang amat kuat pengaruh pr sampaikan boleh menongkah kederasan arus, bagaimanakah program Jomheboh yang berunsurkan maksiat boleh diluluskan untuk dijalankan selama dua hari. hebatnya negeri serambi mekah, maksiat dan perkara halal boleh bersatu diatas nama pakatan rakyat. hebat hebat. inikah kerajaan 16 sept yang diagungkan oleh topeng perak unmasked. contoh contoh tolak ansur dibawah nama kerajaan 16 sept. mungkin topeng perak unmasked belum lagi medapat maklumat sebagaimana mendapat maklumat kerajaan 16 sept yang mengatakan bahawa nuar berahim tidak akan dilantik menjadi perdana menteri.


aku menulis bukan kerana aku benci kepada TGNA tetapi atas kesedaran kenapa program yang mungkar dibawa masuk kedalam negeri kelantan yang menjadi benteng terakhir kepada islam, kenapa benteng ini hendak dirobohkan. aku sayang tok guru nik aziz bagaimana aku sayang tok guru haji hadi. aku menulis kerana perasaan benci kepada beberapa blogger yang amat angkuh dalam memberikan fakta yang auta kepada pembaca. selepas kelantan dilanda jomheboh, terengganu akan menyusul menerima program maksiat ini. aku nak tengok bagaimana blogger ini akan menjawab persoalan ini, atau terus menerus menyalahkan kerajaang perpaduang sepertimana tulang besi menyalahkan geng terengganu dan sekarang menuduh geng terengganu menggunakan papagomo yang sudah diketahui jahatnya dan baculnya mulut papagomo. geng terengganu tidak perlukan papagomo untuk berlawan dengan tulangbesi. sebab geng terengganu berhujah dengan fakta dan bukannya fitnah seperti tulang besi. apakah kerana Adukatarakguna berkawen dengan orang kelantan maknanya jomheboh yang hebat dinegeri minang dieksport masuk ke kelantan, pinjam kata tulangbesi. geng terengganu import kekalahan ke pusat

Ulasan