alhusseyn berimankan greenboc

setelah selesai kes mursidul am pas tgna tidak dilantik, greenboc cuba menabur fitnah kepada pas lagi dengan melontarkan pandangan kotornya seperti mana yang dicatatkan dalam blog yang setiap hari ada fitnah yang akan dimainkan. greenboc dan sekutunya gamaknya, makan fitnah minum fitnah tidur pun fitnah lagi. perancangan fitnah yang dimainkan oleh greenboc mendapat sambutan baik dari alhusseyn yang dikatakan amat tinggi ilmu islamnya dari presiden pas dan seluruh ulamak di malaysia tidak termasuk ulamak kepala lutut. ulamak kepala lutut ilmu dia tinggi lagi dari alhusseyn.

alhusseyn mempersoalkan bagaimana perlembagaan pas dipinda tanpa ada pengetahuan ahli seperti beliau, oleh kerana beliau adalah pengubal undang undang terkemuka bermakna apa jua pindaan perlembagaan yang dibuat mestilah melalui alhusseyn atau greenbox. greenbox hanya tahu menaip dari depan pc dirumahnya dan mengutip derma dari pembaca blognya. persekitaran greenboc hanya berlaku dalam rumahnya dan depan komputer. semuanya berlaku didunia ini hanya dihujungjari greenboc dapat mengetahuinya. kerja kerja jahat greenbox makin mudah dengan adanya blogger seperti alhusseyn yang menyambung fitnahnya.

alhusseyn menambah fitnah yang dibuat oleh greenboc dengan mengaitkan ust haron din dalam mengekalkan jawatan timb.mursyidul am pas. alangkah jahatnya tuduhan alhusseyn yang mengatakan ust haron din telah didapati bersalah dan masih dikekalkan lagi dijawatannya. bila masa jawatankuasa disiplin pas bersidang dan memutuskan ust haron din bersalah atau mahkamah pas musang wujudkan. alhusseyn dan tulang besi menjadi hakimnya. alhusseyn pun semakin berbisa dalam menabur fitnah kepada jemaah pas. walaupun mendapat penerangan dari setiausaha perhubungan pas perak alhusseyn tetap menabur fitnah.

semasa muktamar agung khas 2006 telah diadakan dikedah, kertas kerja pindaan perlembagaan telah dibuat oleh hassan shukri dan dibahas semasa dalam muktamar itu. 2007 muktamar kembali dan dibentangkan selepas mengambil kira pandangan dan cadangan dari perwakilan, pindaan perlembagaan telah diluluskan sebulat suara. kenapa alhusseyn tidak tahu tentang itu, mungkin masa itu alhusseyn sibuk buat kuah rojak, atau memang sudah tahu tapi hanya buat buat tak tahu dan kerana ingin menambah perisa fitnah yang dibuat oleh greenbox alhusseyn menambah sedikit perisa fitnah kepada pas. inilah orang yang telah kembali beriman dengan greenbox dan tulangbesi.

Ulasan