Mendedahkan rahsia jemaah - dihalalkan (paku terakhir keranda JK disiplin Pas)

Pemimpin Pas dengan terang dan nyata telah memberikan senjata baru kepada musuh musuh pas, berdasarkan hujah berlandaskan ayat quran, dengan jelas dan nyata pemimpin pas tidak berpuashati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, ini akan menambah tenaga baru kepada musuh-musuh pas, Terima kasih diucapkan kepada ustaz ahmad awang yang begitu panjang lebar menghuraikan keputusan jawatankuasa disiplin parti pas. Bagi aku yang jahil ini, dengan memberikan kritikan menggunakan blog sebagai medium menegur kepimpinan pas adalah salah sama sekali, kerana yang menegur adalah dari golongan ulamak yang tahu tatacara, adab dan tatasusila menegur kepimpinan. Apakah ustaz ahmad tiada no hp ustaz tuan ibrahim kalau nak menegur cara direct, bukan dengan cara medium blog, tak pa mendedahkan rahsia jemaah.
Musuh-musuh pas mengucapkan terima kasih kepada ustaz ahmad awang yang telah memberikan paku yang terakhir untuk terus memaku keranda jawatankuasa disiplin PAS, selepas ini, apa saja yang berlaku kepada jawatankuasa disiplin parti semua penyokong, pemimpin dan pendokong pas akan menggunakan blog untuk menghentam, menghina, mengeji dan mengfitnah kepimpinan Pas jika keputusan tidak memihak kepada salah satu pihak, dan percayalah bahawa senjata ampuh ini akan digunakan sentiasa untuk menghadapi Pas. Dan ustaz ahmad awang kenalah bertanggungjawab sepenuhnya jika akan berlaku lagi, dan lagi kes-kes yang tidak memuaskan hati penyokong, ahli dan juga kepimpinan pas, ustaz hendaklah bersiap sedia menerima apa saja selepas ini, selepas ustaz membenarkan apa yang dipanggil mendedahkan rahsia jemaah. nabi memaafkan orang yang mendedahkan rahsia jemaah. jadi mulai dari hari ini, siapa yang mendedahkan rahsia jemaah hendaklah dimaafkan kerana nabi memaafkan sahaja kes mendedahkan rahsia jemaah.
Jika aku tersilap faham apa yang ditulis oleh ustaz ahmad awang, aku yang bersalah, tapi jika benar apa yang aku faham dan orang-orang yang membaca ulasan itu bermakna, tidak menjadi kesalahan mendedahkan rahsia jemaah. Bersiaplah pas menghadapi bahaya ini, semua rahsia boleh didedahkan kepada umum. Baca disini http://usahmadawang.blogspot.com/2010/02/hatib-bin-abi-baltaah-sahabat-yang.html

Ulasan