Mahkamah dengan ini mengistiharkan zamry MB Perak yang sah - 5-0

Telah diramalkan bahawa Parti Pakatan Rakyat akan tewas dalam permohonan untuk mengekalkan status MB perak yang sah. Sembahyang hajat Mufti Perak telah diperkenankan oleh Tuhan. Ulasan-ulasan akan banyak timbul dari blog-blog yang simpati dengan pembangkang. Bergembiralah umno menyambut tahun baru cina dengan mengumumkan pemberian angpau yang banyak kepada yang terlibat. Bangga jadi rakyat perak, dua Mb dalam satu musim Pilihanraya.
Mahkamah filem tamil bersidang dibawah pokok, tiada keadilan untuk simiskin, yang kaya terus meperkudakan mahkamah. Mahkamah akan membuat keputusan dengan mengikut keperluan sikaya. Terimalah hakikat bahawa pakatan rakyat tidak boleh lagi berkuasa lagi sehingga PRU yg ke 13, semalam pun aziz bari telah memberi ulasan seolah-olah dah tahu keputusan mahkamah hari ini. Nizar boleh berkira-kira untuk meneruskan perjuangan yang belum tamat. Pastikan Dun pasir panjang dan Parlimen bukit gantang terus mendapat kasih sayang walaupun tak mampu memenuhi semua kehendak rakyat. Walaupun material menjadi penghalang kepada keadilan, sikap yang bertanggungjawab, mengambil tahu hal rakyat boleh mengubah pandangan rakyat kepada parti pembangkang.
Pemimpin Pas khusus hendaklah menumpukan gerak kerja parti, mengadakan perang saraf kepada umno, mengumpul data, mendaftar pegundi yng condong kepada pembangkang. Pemimpin pas perak tidak perlu mengambil bahagian dalam jentera mencemuh jawatankuasa disiplin parti pas. biarkan jentera negeri lain mengambil bahagian untuk mencemuh dan mencerca badan JK parti pas. Sifat ulamak menasihati sesama muslim bukan nya memberi paku terakhir kepada keranda jawatankuasa JK disiplin. Fitnah sesama sendiri telah bermula dari dalam anggota pas sendiri.

Ulasan