Blog-blog boleh adakan POLL - keputusan mahkamah

Kenapa blog-blog Parti pembangkang tidak membuat POLL kepada keputusan mahkamah hari ini, aku nak tengok sejauh mana blog-blog ini akan menulis tentang keputusan mahkamah, bermulai hari ini ada ulasan yang akan menggunakan nas dan dalil alquran atau hadith nabi untuk mengecam keputusan mahkamah tamil ini. kalau tiada poll yang dilakukan oleh blog-blog ini bermakna apa yang dikatakan oleh TOk Guru Nik Aziz boleh terus digunapakai. Jangan kata lagi KERANA SAYANGKAN JEMAAH AKU MEMBUAT TEGURAN INI. Kalau lambat atau mencari dalil untuk berhujah dengan menggunakan nas alquran dan al hadith boleh dimaafkan tapi kalu membuat poll di blog pun lambat itu ada sesuatu yang memang bersarang dihati pemblog dan bukan kerana sayangkan jemaah. Membuat Poll amat mudah copy and paste sahaja skrip lama yang telah siap ada.
Pas Recond boleh membuat skrip baru untuk menegur dan menjahanamkan pas dari dalam. amat mudah untuk menarik minat pemecah belah parti pas. Kalau kata dibiayai marah pulak puak puak ni. Mahkamah telah berpihak kepada MB Zambry, mungkin puak puak UG yang menentukan keputusan mahkamah ini. Pemikir agung UG cikgu pa telah membuat kira dalam hal ini. tak apa halal mendedahkan rahsia parti. zaman nabi pun ada yang mendedahkan rahsia parti. Pas record boleh memacu dengan deras lagi usaha usaha memusnahkan pas kerana tindakan ini dah mendapat restu dari pemimpin pas sendiri. Dedah segala rahsia parti pas kepada umum kerana ia dihalalkan. jangan takut, ada nas dan dalil ia dihalalkan.

Ulasan