keputusan jawatankuasa disiplin pas - hassan ali diberi amaran khalid digantung 6 bulan

Pengerusi jawatankuasa badan disiplin parti Pas telah menjatuhkan hukuman kepada 2 pemimpin pas kerana didapati bersalah dalam 2 tuduhan yang dikenakan. Pasti ada pihak akan tidak berpuashati kerana keputusan ini. Tulang besi , greenboc dan sekutunya sudah pasti tidak akan senang dengan keputusan ini. mereka mahu hassan ali dikenakan hukuman berbanding dengan khalid samad. Mereka ini akan percaya ada tangan-tangan kumpulan UG yang menentukan keputusan jawatankuasa disiplin parti. Percayalah malam ini atau esok akan ada entri tentang keputusan ini.
Walaupun apa jua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa disiplin parti pas, mereka penentang UG tidak akan bersetuju dengan keputusan ini. Mereka akan terus memperkatakan dan menyerang keputusan ini kerana pengerusi badan disiplin pas ini dianggotai oleh puak puak yang menyokong UG kata mereka. Greenboc dah lama mempertikaikan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjadi pengerusi badan disiplin parti. Kononnya perlantikan tuan ibrahim adalah menyalahi peraturan perlembagaan parti pas. diwar-warkan bahawa jika beliau tersilap beliau akan meminta maaf, tapi bila diberikan penjelasan oleh seorang penulis, greenboc terus menyepi dan tindakan beliau adalah terus menyerang jawatankuasa badan disiplin tanpa mahu mengakui kesalahan beliau.
Inilah pendokong parti pas kononnya, mendabik dada kononnya mereka pejuang tulen, pejuang yang telah lama mendokong prinsip perjuangan pas, menentang agenda yang membawa pas ke dalam umno, sifat diri sendiri yang menyerupai umno tidak dihapuskan, menulis entri berdasarkan dendam dan perasaan tidak puas hati kepada sesetengah pemimpin yang bukan sealiran dengan mereka. Melondeh dan membogelkan sesetengah pemimpin pas yang bukan sealiran, jika ditanya, kita lain lain jalan, dan jalan yang mereka pilih adalah jalan merosakan jemaah bukan memantapkan jemaah.

Ulasan