Kemana arah PAS selepas seminar

semalam telah berlangsung seminar yg dinanti-nantikan oleh Penyokong PAS dan ahli-ahli PAs seluruh Malaysia. Bertempat di Taman melewar dengan pembentang-pembentang panel yg dipanggil khusus untuk seminar memperkasakan Pas dalam Pakatan Rakyat dan juga berdaya saing dalam menongkah arus politik yg semakin mencabar. Dua panel jemputan mengemukan pandangan dan kritikan kepada Pas, Dr aziz bari tidak dapat menunjukan dimana kajian dibuat tetapi berdasarkan perspektif umum sahaja mengatakan Presiden Pas telah hilang stim. Telah hilang populariti dan kajian telah dilakukan oleh Dr Hassan Hasbullah.
Dimanakah kajian ini dilakukan oleh Dr Hassan Hasbullah, apakah Dr Hassan telah melakukan kajian di dalam bilik berhawa dingin atau melakukan di peringkat grassroot disemua negeri atau hanya dilakukan di kawasan bandar. Apakah dr hassan lupa bahawa Pas adalah satu politik yg berbeza dengan parti politik yg ada, tabiyyah mengenai islam, islam sebagai addin, penyokong pas dididik dengan cara hidup islam bukan berpaksikan akal yg didorong oleh nafsu tetapi dijulang melalui akal yg disuluh oleh alquran dan alsunnah.
Pas tidak perlu berubah kerana mengikut telunjuk para penabur fitnah yg bermaharajalela dalam blog, aliran blog berubah dari menyerang umno kepada menyerang Pas, dengan disokong oleh dewa-dewa mahabarata dan juga regim-regim penyokong pakatan rakyat kononya akan memastikan pas terus relevan bersama Pr atau Pas akan kecundang didalam Pru13 nanti. Pas perlukan undi dari undi undi bukan melayu, apakah kawasan undi melayu dah berkurang, pas tidak perlukan pemimpin yg tidak mampu memberikan impak yg kuat, dinamik dan juga gaya seorang pemimpin. Pas perlu dengar semua kata-kata pengkritik yg mengkritik pas walaupun bebarapa fakta yg diutarakan banyak berlawanan dengan islam.
Fitnah-fitnah dalam Pas semakin cepat merebak, tiada tanda-tanda akan berhenti terbakar, siapa yg menyebelahi tuan presiden akan dikutuk dihina dan dikeji, akan diserang oleh semua blogger yg amat berpengaruh. Semua fitnah yg dilayangkan akan dihalalkan menggunakan ayat alquran dan alsunnah, mentafsir segala kandungan mengikut fitnah yg akan dihalalkan. musuh musuh akan menggunakan segala strategi apa yg dapat memusnahkan islam. semoga allah melindungi islam dari terus punah ranah oleh para munafikin dan kafir qurais

Ulasan