Fitnah kepada Pas semakin hebat

Prof yg mahir dalam bidang undang-undang lord reid, yg amat faham tentang undang-undang peninggalan penjajah laknatullah semakin galak menghentam dan menghina Presiden PAS, siapakah dia ni yg amat berkuasa menghentam dan mengkritik Presiden Pas sepanjang minggu ini, adakah besar sangat kuasa dan fikiran beliau yg begitu kritis, adakah beliau ini mahir dalam politik atau hanya tahu mengkritik di dalam media tapi takut untuk terjun ke arena politik, kalau disuruh terjun ke arena politik prop ini akan menjawab dengan lidah yg faseh dan lancar dengan mengatakan beliau tidak berminat dengan politik kerana politik penuh dengan perkara-perkara kotor.
apakah ada agenda lain disebalik kritik yg berulang dan yang mana semakin galak, kerana terdapat sokongan daripada pihak dalam pas sendiri yg menyokong PROP ini, dimanakah sikap kita dalam Pas, apakah kita berdiam diri jika pemimpin kita dihentam dan dikritik siang dan malam oleh orang luar yg tidak mempunyai apa apa kaitan dengan kita dalam PAS, Dayus sangatkah pemimpin pas atau ahli pas sampaikan membiarkan Presiden kita dikutuk dan dihina sedemikian rupa, apakah akal yg diberikan oleh Allah kepada beliau dapatlah beliau mengkritik atau menghina Presiden kita.
Dipanggil untuk pada 7 November 2009 untuk menghadiri seminar dan memberikan pandangan kepada ahli-ahli pas dan juga pemimpin pas, apakah pas sudah ketandusan pemimpin sampaikan terpaksa memanggil orang luar yg tidak kita tahu niat dalam hati mereka, apakah kita memberikan peluru kepada musuh untuk membunuh pemimpin-pemimpin pas. kalau mereka ini layak mengkritik presiden pas dan ahli-ahli pas dengan lembunya menerima pendapat yg akan menghancurkan parti pas itu sendiri.
kenapa PROP ini tidak mengkritik kerajaan Bn yg penuh dengan penipuan, apakah menjaga periuk nasi yg akan hilang jikalau mengkritik BN, apakah sikap beliau kepada rasuah pemimpin umno adakah beliau bersuara, nak bersuara pun tidak berani kerana akan menutup periuk nasi. bercakap berlandaskan kemahiran dalam perlembagaan penjajah menjadi kan prop ini penyambung lidah penjajah yg mana penjajah tidak pernah setuju dengan Parti PAS

Ulasan