Undurlah Presiden dan Geng-geng PAS Terengganu

Untuk kesekian kalinya, Tuan Guru di hina dan dicaci oleh Pejuang anti Unity Goverment, secara kasar dan biadap, puak puak penentang UG telah berulangkali meminta kepada tuan presiden supaya berhenti dari memimpin Pas malaysia, Jasa dan khidmat tuan guru tidak lagi diperlukan, berundur le secara baik dan berhemah, letak SEMUA JAWATAN DALAM PAS, menjadi ahli biasa pas lebih baik dari terus dihina oleh penentang-penentang UG, Tidak perlu kepada EGM ke atau muktamar khas, letak jawatan adalah jawapan kepada segala-galanya, Biarlah pemimpin dari Kelantan, Perak atau negeri lain yg amat berwibawa dalam merencana strategi untuk kemenangan dalam Pru yg ke 13 nanti. Kalau Tuan Guru masih berdegil tidak mahu meletak jawatan semua kemenangan Pas di Malaysia akan tinggal nama sahaja.
Semua blogger penentang UG telah bersedia untuk memulakan perang dalam PAS, seundi yg diperolehi dari blogger amat penting dalam menentukan kemenangan Pas dalam PRU 13 nanti, tanpa peranan mereka Pakatan Rakyat akan berkubur, Pas menang pun kerana undi mereka, Pas perlu faham bahawa mereka ini adalah pakar strategi, Tuan Guru tidak nampakah peranan mereka di Bagan Pinang, mereka memboikot dan tidak menulis dalam Blog mereka Pas mampus di Kandang Babi, Di PRK P.36 K,Terengganu, Pas menang kerana adanya penulis blog, Menang di Bukit Gantang kerana blogger merencana strategi dengan begitu ampuh, setelah para pemimpin Pas telah mengangkat bendera putih, INGAT WAHAI PEMIMPIN PAS, blogger sekarang begitu berpengaruh, Medan tempur medium baru amat berkuasa menentukan kepimpinan dalam Pas. Apakah Pas Terengganu mahu PRK bagan Pinang Berulang, blogger tidak bertempur kerana protes kepada Presiden PAS, Hassan Ali, Mustafa ALi, Kerana mereka bertiga dan juga penyokong Pas Pro Umno dalam Pas.
Teguran demi teguran keras dilemparkan kepada Tuan Guru, dan hari ini Mursyidul Am Pas telah memberi Api yg cukup marak kepada Tuan Guru dan juga Penyokong-penyokong UG . SEBELUM SEMUA TERLAMBAT, wahai PEMIMPIN PAS TERENGGANU DAN JUGA TUAN PRESIDEN BERUNDUR LAH, Letak jawatan serta merta. Semua perwakilan dan Ahli Pas di Terengganu adalah org bodoh buta tuli memberi wala' kepada pemimpin, Pas akan meNang DIPERINGKAT PUSAT jika semua Pemimpin PAS dari Terengganu meletak jawatan, Pemimpin Pas Terengganu perlu bersegera meletak jawatan tanpa sebarang alasan lagi. KAMU SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI, Jasa-jasa kamu akan dibakul sampahkan. Politik perlukan pemimpin yg segar dengan idea, Kaum India dan cina telah beralih arah, undi mereka tidak lagi untuk PR tapi untuk Umno, Swiing undi setiap PRK tidak diambil kira. Jadi Berhentilah demi kebaikan PR,

Ulasan