Muktamar Khas Untuk Pecat Presiden, Timb, Presiden, Setiausaha Agung, Pesuruhjaya Selangor dan Juga Mursidul Am PAS

Muktamar Pas perlu di adakan untuk mengembalikan keutuhan dalam PAS, Keputusan muktamar khas akan diambil kira, semua pimpinan atas Pas termasuk Mursidul Am Pas perlu dipecat kerana mereka telah melakukan kesalahan dalam Parti Islam Semalaysia (PAS), Presiden bersalah kerana mengutarakan Unity Goverment, Timb.Presiden Pas bersalah kerana bertemu Pak Lah dalam gelap selepas PRU12, Pesuruhjaya Pas selangor bersalah kerana isu jualan arak dan mengkritik selcat yg diketuai oleh DAP, kalau selcat diketuai oleh Pas tidak apa dikritik, Setiausaha Agung perlu dipecat kerana beliau seorang diantara penyokong Ug dan juga geng Terengganu. Ahli Jawatankuasa Pas yg berasal dari terengganu juga perlu dipecat kerana menyokong TGHH dan juga penyumbang kekalahan Pas di Terengganu pada PRU ke 12
Apakah mursidul Am PAs tidak perlu dipecat? TGNA juga perlu dipecat kerana kesalahan beliau memilih Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas. sanggup beliau membelakangkan keputusan syura memberi peluang kepada ibrahim ali yg telah terkenal berpusing-pusing dalam keputusan politik. Apakah istimewanya Ibrahim ali sampaikan diketepikan ustaz ismail noh yg terkenal warak, tidak kedarah duit rakyat seperti ibrahim ali. Tapi TGNA tetap memilih seorang yg terkenal dalam politik kotor, Apakah TGHH terlalu kotor seperti ibrahim ali, apakah kesalahan dalam mencongak strategi dalam parti sehinggakan perlu dipecat? apakah TGNA tidak pernah silap dalam memberikan keputusan, Keputusan PRK kecil Manek Urai perlu dikaji dan diteliti, kerana ego, sombong dan takaburnya Pas Kelantan tidak membenarkan Presiden, timb.presiden dan juga yg menyokong UG di haramkan hadir ke Manek Urai, dan natijahnya Abg Uji hampir mampus di manek urai, kesombangan Ahli-ahli dan pemimpin PAS Kelantan begitu tinggi sampai semua yg hadir ke manek urai dihalang untuk memberikan pertolongan dan membantu kempen di manek urai.
Jangan le memandang kesalahan org lain sahaja sampaikan kesalahan sendiri terpaksa ditutup dengan nyiru, tapi baunya tetap ada disekeliling, Penyokong Pas diNegeri lain tidak pernah menyuarakan apa yg pernah TGNA lakukan walaupun salah dan kami tetap menyokong TGNA dalam apa jua keadaanya, tapi apabila pemimpin lain melakukan kesalahan tidak kah perlu di beri perjelasan bukannya dipecat dari jemaah, adakah nilai seorang pemimpin islam yg amat murah dengan sikap pemaaf atau berubah menjadi pembengis kerana kita sajalah pemimpin sejati dalam jemaah islam. Hati kami penyokong dan ahli pas juga tidak sedap dengan kenyataan TGNA sekarang dan kami rasa kami perlu juga menegur TGNA kerana kami rasa dah sampai rasanya Pemimpin seperti TGNA ditegur kerana TGNA telah juga melakukan kesilapan. Kami berharap jangan sampai musuh islam mengambil peluang yg dibukakan dengan seluasnya oleh TGNA. Semoga diakhir hayat kita jangan kita menjadi org yg lupa, riak dan takabur dengan ilmu yg banyak kerana Iblis juga sesat kerana ilmu yg banyak lebih banyak dari ilmu para ilmuan manusia, sampai malaikat pernah berguru dengan iblis kerana ketinggian ilmu tapi akhirnya syaitan sesat kerana perasaan riak, takabur, nahuzibilllah semoga pemimpin kita dijauhi sifat syaitan.

Ulasan