Nasib Baik Ada Pak Janggut

Yb zul telah mengkritik Pak Janggut kerana mempertahankan kuil dan siap membaca ayat quran untuk mempertahankan pembinaan kuil, Siapa Yb zul ni (The riding MP) semakin lama semakin meloyakan YB Zul ni, Dulu saya amat suka membaca blog YB Zul untuk menimba pengalaman dan pengetahuan tentang mahkamah dan juga tentang aktiviti lain. Semakin hari semakin menjengkelkan YB Zul ini. aku semakin meluat melihat perangai YB Zul, Saya ingat ini bakal pemimpin yg berjiwa rakyat, menaiki motor ke sidang Parlimen, kami rakyat marhaen berbangga dengan perangai merendah diri yg ada dalam diri YB Zul.
Salahkah pak janggut mempertahankan pembinaan Kuil di seksyen 23, ayat yg dibacakan oleh Pak Janggut itu memang kena mengena dengan pembinaan kuil dan juga pembinaan untuk sembahan ugama lain. Bukan Pak Janggut membaca ayat quran untuk membenarkan ugama kuil adalah ugama benar selain agama islam, Paham atau tidak YB Zul dalam erti kata ayat quran atau ada hasrat lain dibelakang kata-kata yg dilemparkan oleh YB Zul. Jangan banyak menyalahkan org lain betulkan diri saudara dulu, dah hampir banyak kenyataan yg dikeluarkan oleh YB Zul yg terang terang mempertahankan org Umno, selain kenyataan beliau yg mempertahakan ADUN Lunas yg keluar dari PKR.
Saya mulai meragui YB Zul tapi pendamkan sahaja, dalam kes saman Parlimen Kulim Baharu, kenapa UMNO tidak meneruskan saman untuk membatalkan kemenangan YB Zul di Parlimen tersebut. Selepas penarikan saman dari Umno keatas Parlimen Kulim Baharu, YB Zul terus mengeluarkan kenyataan yg menyokong UMno secara tidak langsung atau tidak. Kulim Baharu masih lagi dalam Pakatan Rakyat tapi adakah selamat dari lompatan maut? Islam is First adalah ungkapan YB Zul tapi adakah islam mengajarkan penganut islam menghina sembahan agama lain, Islam is first atau umno is first dalam hati YB Zul?
Adakah persabahatan lama YB Zul Dengan Bagan Dato masih lagi Berlangsung? atau semakin intim selepas bagan datok bergelar menteri???

Ulasan