PAS Menang Besar di Permatang Pasir (4551 )

Allahuakbar, allahuakbar, segala puji bagi Allah Taala, semperna bulan yg penuh berkat, bbulan seribu bulan telah mematikan langkah UBN, segala bentuk syurga telah dijanjikan kepada umat rakyat permatang pasir namun rakyat permatang pasir masih mahu kepada syurga akhirat yg kekal abadi. Pas menghadapi segala gergasi dari SPR, SPRM, COP dan militery dipergunakan sepenuhnya oleh UBN, hasrat UBN untuk mengurangkan majoriti PAS kepada paling minima seperti yg berlaku di Manek Urai, digasak sampai ke tanah hampir baham tanah PAS kelantan. Rakyat manek urai mahukan jambatan, nasib baik ada lagi saki baki yg tidak mahu syurga yg ditawarkan oleh UBN.
Kepada YB Ustaz Salleh Man semoga meneruskan usaha Allahyarham Ust Hamdan yg dikasihi. Memikul amanah kemenangan tidak sama memikul amanah semasa kekalahan, walaupun manis sangat dengan kemenangan tetapi amanah adalah satu jalan ke neraka, Kalau salah memilih jalan neraka le jawabnya. semoga Ust salleh Man tidak akan undur dari terus berjuang demi kebahagiaan rakyat marhaen Permatang Pasir, semoga permatang pasir terus menghijau di Pulau Mutiara dan sinarnya menerjah ke seluruh Pulau Mutiara.

Ulasan