Minyak Naik Lagi Terima Kasih Kerajaan BN

Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok, kerajaan mengumumkan di sini hari ini. Terima kasih berbanyak le kerajaan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Rakyat bawah akan menerima petaka baru dengan kenaikan minyak bermula pukul 12 malam ini. Mana blog blog yg menyokong BN yg bersetuju dengan kenaikan harga minyak, betapa bengongnya kerajaan malaysia, minyak dunia tidak mengalami kenaikan dalam proses jual beli tapi kerajaan malaysia dengan selamba rock menaikan harga minyak, betapa celakanya pimpinan Bn yg memerintah malaysia. Dengan sokongan kebanyakan rakyat baghal yg masih mengharapkan Bn terus memerintah dan memberikan duit setiap kali pilihanraya berlaku.
Dengan kenaikan 025 sen setiap liter akan menambah beban kepada rakyat marhaen tapi sampai bilakah rakyat malaysia akan sedar. Dengan keringnya kantung kerajaan malaysia menyebabkan masalah kenaikan harga minyak akan terus meningkat tidak mengira samada minyak pasaran dunia akan naik atau turun, Sudahlah rakyat malaysia dibebankan dengan pelbagai cukai yg tidak masuk akal, rakyat masih lagi menyokong mereka, sanggup melalak sampai pagi menyokong kenaikan minyak atau apa saja yg dilakukan oleh Pemimpin BN.
Dengan kekeringan sumber dan dana yg tak mampu lagi ditampung pihak Kewangan negara melancarkan pengutipan dana hutang lapuk yg tidak dituntut oleh syarikat kepada syarikat, pegawai kewangan telah diarahkan melakukan penyiasatan kepada syarikat yg tidak membayar kepada syarikat lain, dan hutang yg tidak dibayar hendaklah dibayar kepada kewangan negara. betapa celakanya pemimpin BN sekarang dalam meneruskan agenda pemerintahan kuku besi berselindung di balik slogan rakyat didahulukan.

Ulasan