PR makin retak dan mungkin terbelah

DAP telah menarik diri dari PR di Kedah, DAP telah memainkan isu perkauman, dimanakah pemimpin PAS, dimanakah Pemimpin PKR, dimana pemimpin DAP, membisu seribu bahasa, atau dimana karpal singh, berdiam diri mcm tunggul, tidak selaju mengulas isu Kerajaan Perpaduan, Kalau Dap bertindak semua org akan bersetuju, blogger PR mendiamkan diri, kalau ada isu mengenai atau lontaran idea dari PAS, blogger akan cepat memberi respon, membantai, memaki hamun secara beramai-ramai, naik kan banner mintak letak jawatan, Tapi bila DAP menguarkan isu keluar dari PR kerana tidak puashati tentang tempat penyembelihan babi, blogger menikus, menyepi, tak ada wirid maki ke? Banyak ke Dap bayar blogger????
Dimana semangat membela pemimpin PAS, atau hanya pemimpin PAS yg layak dimaki, hanya pemimpin PAS aje yg tidak betul, Kalau TGHH melontarkan idea apa jenis sekalipun akan dihentak, disingkir, diminta letak jawatan, kalau ini lah pemikiran blogger, berhenti ajelah menulis, baik jadi penyembelih babi lagi baik, ada hasil. begitu mulia hati blogger yg memberi ruang kepada ketua DAP kedah perlis, tiada komen, tiada serang balas, tiada maki hamun, Nilai babi begitu tinggi kepada Blogger, Dap bercakap atas dasar apa sekalipun akan disambut dengan tangan terbuka. Konon atas dasar kesetiaan kawan dalam PR.
DAP sebentar tadi telah memainkan isu perkauman, konon akan banyak tokong-tokong dan kuil akan dirobohkan, kenapa Blogger tidak memberi respon seperti respon kepada pemimpin PAS dalam semua isu atau keadaan, secepat kilat akan diberi respon, Thomas su berjaya memberi satu kejutan kepada kerajaan PR, kenapa pemimpin PR tidak memberi respon, LGE pun memberi komen yg begitu cepat walau belum mendapat penjelasan dari pihak kerajaan kedah,
wahai pemimpin PAS, bagi respon kepada DAP, jangan terlalu takut kehilangan sokongan dari pengundi yg bukan islam, islam ada wajid yg dipertahankan. Islam adil untuk semua. jangan bagi musuh islam ruang untuk mematikan islam, Allahuakbar

Ulasan