Unity Goverment atau Kerajaan 16 sept (Satu pendapat)

Kejayaan BN/UMNO mengharubirukan PAS dengan UG, yg dilontarkan oleh TGHH, dimainkan dan dipentaskan dengan jayanya oleh media umno, Blogger UMNO, Radio Malaysia, dan juga blogger Pakatan Rakyat. Berbagai tohmahan dilemparkan, cacian, kata nista dilemparkan kepada penyokong UG, TGHH telah berkata "Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah" Kecaman dan tohmahan dilemparkan kepada PAS Terengganu kerana gagal memerintah untuk kali kedua. Kononnya PAS Terengganu kalah kerana TGHH tidak pandai memimpin atau memerintah negeri terengganu, strategi lapuk dan usang. Pemimpin PAS Terengganu bodoh, stupid dan bangang. PAS Terengganu kekurangan strategi dari blogger. Tanpa blogger PAS Terengganu tidak akan menang.
Kelab Penyokong PAS Kelantan (KPP) telah mengeluarkan kenyataan terbuka tidak membenarkan penyokong UG untuk hadir berkempen di manek urai pada julai 2009. Berapa juta ahli KPP yg ada untuk berkempen di Manek Urai, Dimana ahli KPP ini sewaktu 50 tahun dulu semasa PAS bersendirian dahulu? Sanggup ke Ahli KPP mendengar ceramah di dalam semak samun, belukar, di hentam dengan penyembur Gas Pemedih Mata sewaktu mendengar amanat pemimpin PAS, Mendirikan bangsal panas dengan wang sendiri, lupakan kepentingan diri sendiri, anak tidak minum susu tapi masih lagi menginfak duit untuk parti PAS. Apakah kerana penjadi penyokong idea TGHH tentang UG ahli pas yg menyokong tidak lagi berhak datang untuk berkempen untuk parti mereka. Tanpa mereka ini PAS tidak akan wujud dimuka bumi ini, Blogger atau KPP hadir hanya selepas 1998 itu pun berskala kecil.
Jangan lupa diri wahai blogger penentang UG dan juga KPP Kelantan. Tanpa kamu semua pun PAS masih lagi hidup, kami lebih rela kalah dari mendengar kata-kata makian dan nista kamu kepada kami, Kami tidak pernah mengharapkan balasan dan pangkat, kami hanya mahu kemenangan islam, tidak kira tanpa blogger atau pun KPP, Kamu hanya bercakap tidak mahu pangkat atau jawatan tapi apabila Pas tidak diberi masa muktamar, kamu telah melemparkan berbagai cacian dan makian. Kononnya PAS tidak menghargai blogger yg bertungkus lumus memberi maklumat kepada pembaca, memberi maklumat atau mendapat hit atau habuan iklan di laman sesawang masing masing. Bercakap senang tapi melaksanakan amat payah. Boleh memberi pelbagai idea tapi siapa yg nak melaksanakan.
Penerangan UG telah diberikan oleh TGHH di london, tapi sampai masa ini masih ramai lagi blogger menulis tentang kehuduhan dan kejelikan UG. Macam biasa le, sesiapa yg menentang idea ini akan terus menentang walaupun diberikan penerangan, Kalau TGHH dah memberi penerangan mereka menunggu timb.presiden pulak memberikan penerangan, selepas Timb.Presiden mereka akan tunggu Dr Hassan ali atau Khalid Samad, berterusan sampai bila bila tidak akan selesai. Ada mata tidak digunakan untuk memandang, ada telinga tidak mahu mendengar, ada akal yg cerdik tidak dapat digunakan untuk menilai. Berapa puluh atau ratus ceramah siri penerangan kalau manusia tidak mahu untuk menerimanya tidak akan menerimanya. Celakanya manusia seperti ini, diluar elok rencong didalam. Kepada bukan penyokong UG kami ahli PAS tidak sebodoh atau sebangang kamu, kami juga ada akal dan fikiran, bukan menerima bulat apa saja yg dihidangkan, kami amat sayangkan PAS dan kami tidak akan memaki pemimpin kami, hanya manusia laknat sahaja yg akan memaki pemimpin, biarlah kami bodoh bangang atau apa saja, kami tetap akan berada di belakang pemimpin kami samada yg menyokong atau tidak UG. Kami menerima apa saja yg diputuskan.

Ulasan