Tanggal 2 Jun 2009 runtuhnya bumbung yg menjadi kebanggaan Deris, Mantan MB Terengganu, 4 jun 2009 SU deris telah didakwa di mahkamah Terengganu. Semangat BN yg dinilaikan dengan adanya Lebuhraya, Stadium, Lapangan Terbang jambatan. Dah runtuh satu dari empat projek mega tajaan deris, paklah Kj dan Patrick badawi. Berapa banyakah mereka semua ini mentankedarah duit rakyat. Atas nama duit ehsan sebanyak manakah dpt dikebas dan ditelan akan dihalalkan. Taman Tamadun Islam (TTI) telah juga belaku kerosakan yg teruk. Stadium tertutup yg disebelah pun mengalami masalah juga, cuma tunggu masa untuk meluahkan lava.Mahligai kristal juga mengalami kebocoran, tak lama lagi akan runtuh seperti bumbung stadium.
Makna projek ini hanya untuk menghalalkan cara untuk membaham dan mentankedarah duit ehsan. berapa banyak akan mengalir ke dalam poket ketua ketua lanun. Yg penting dpt duit, yg lain tentang kekukuhan, ketepatan projek dan kegunaan kepada rakyat tidak dihiraukan.Nasib baik berlaku awal dari perasmian sukan kalu tidak berapa ramai lagi manusia yg tidak berdosa akan mati dihempap bumbung. Trajedi yg akan menyayat hati.
Kalau kos yg digunakan untuk membina TTI digunakan untuk membina dan menyiapkan sebuah kompleks Hospital untuk kesejahteraan rakyat, rakyat tidak akan memberontak. tanah seluas TTi itu digunakan untuk membina hospital untuk kegunaan rakyat, tidak lah rakyat terengganu menangis utk duduk di hospital. Kalau rakyat terengganu pergi ke hospital HBSNZ kita akan lihat betapa susahnya pesakit, Katil-katil pesakit disusun seperti katil pendatang tanpa izin. sampai ke tempat pintu masuk akan diletakkan pesakit. Pesakit yg menghuni wad ini adalah rakyat miskin yg tidak mampu ke hospital swasta yg membebankan duit poket mereka. Apa salahnya duit ehsan yg dimiliki dibina hospital untuk rakyat.
Hospital yg cangih serba selesa mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat, Mentankedarah sepuas hati duit ehsan pun tapi ada kegunaan untuk rakyat jelata. rakyat dapat merasainya walau secubit kuku sahaja. dengan ada peruntukan duit ehsan yg bernilai berbillion billion dapat digunakan untuk kesejahteraan rakyat. maka celakalah pemimpin yg tidak memberi kesenangan kepada rakyat.
Siasatan akan dilakukan, itulah janji MB baru, tapi apa yg perlu kita ingat, siasatan ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, tiada hukuman akan dikenakan kepada mana-mana pihak, siasatan akan dibakul sampah. Benar kata mantan PM " MELAYU MUDAH LUPA" sebulan dari sekarang perkara ini akan dilupai oleh masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan