Minyak minyak

Pada 1 julai ini akan bermula lah perjualan minyak ron baru, kenaikan minyak ini akan terus membebankan rakyat marhaen di seluruh Malaysia, Slogan 1 malaysia akan menjadi lebih bermakna jika rakyat malaysia menikmati harga minyak yg lebih rendah dari harga sepatutnya. Kerajaan Malaysia telah berkira-kira untuk menaik kan harga minyak jika berlaku kenaikan harga dalam harga pasaran semasa skrg, Betapanya kerajaan Malaysia yg melaungkan satu malaysia akan cepat menaikan harga minyak tapi kalau harga minyak dipasaran turun mendadak, kerajaan Malaysia akan berkira-kira sehingga harga minyak akan naik semula.
Sampai ke hari ini, Kerajaan Malaysia tidak menurunkan harga minyak walaupun harga pasaran telah menjunan ke paras harga biasa, rakyat marhaen malaysia terus membayar harga minyak yg mana subsidi adalah hampir tiada dalam harga minyak. Rakyat Malaysia adalah rakyat yg begitu baik, sanggup memberi subsidi kepada kerajaannya. Sesiapa aje yg memerintah Malaysia amat beruntung kerana pemerintah boleh mengenakan apa saja cukai ke atas rakyat malaysia dan rakyat malaysia akan sanggup membayarnya walaupun cukai tersebut tidak perlu atau mengazab dan mengsengsarakan hidup mereka. Jangan derhaka kepada pemerintah, itu tugas-tugas mufti mencanang kepada rakyat jelata.
Kalau pemerintah malaysia mengenakan cukai kepala pun rakyat malaysia akan membayarnya kerana tunduk dan patuh. Kalau ada rakyat malaysia yg kena tangkap kerana menunjuk perasaan atau berdemo mereka pula akan dikutuk kerana melanggar undang-undang negara kononya. Dah lah mereka ni penakut jika ada org yg berani menuntut hak mereka akan dikecam dan dihina seolah mereka ni penjenayah. salahkah mereka menuntut hak mereka di bumi malaysia ini. manusia dilahirkan dan diberi otak oleh tuhan tapi banyak manakah manusia yg sanggup dan menggunakan otak mereka. Jikalau para pendemo ini tidak ada dibumi malaysia ini nercaya pemerintah malaysia akan terus sewenang sewenangnya mengjerut leher rakyat yg sedang dan dalam kelemasan ekonomi. Sampai bilakah rakyat malaysia akan sedar hal ini?

Ulasan