Manek Urai Biar semua terburai

Manek Urai akan berlangsung, semoga terburai le apa yg telah ada dalam pekung yg telah membuak dan bernanah. Penyokong, Ahli dan Pemimpin Parti PAS Kelantan tidak perlukan sokongan dari Presiden atau timb.Presiden atau Penyokong/Ahli PAS yg pro pada UG, Pemimpin PAS Kelantan, Ahli dan juga Penyokong PR tidak perlukan Presiden PAS untuk kempen Manek Urai, Pemimpin PAS Kelantan sudah gagah perkasa, Gambar Presiden tidak ada Value kerana ini PRaya Negeri bukannya Praya Umum. Kita Boleh lihat sampai bila Pemimpin PAS Kelantan akan bergayut pada jubah TGNA. Pemimpin PAS Kelantan dan Kelab Penyokong PAS Kelantan bisa aje menawan Putrajaya sendirian tidak memerlukan sokongan dari negeri lain.
UG tidak relevan pada masa kini dan selamanya,
Kenapa Ibrahim Ali yg telah terang menyebelahi UMNO tidak disuruh letak jawatan, menyerahkan kawasan Parlimen PAS kepada org yg telah terbukti mati hidupnya hanya untuk UMNO. Bijak sangatkah pemimpin PAS Kelantan??? atau ada udang disebalik batu, ada ketam dibalik kayu, Kenapa PAS kawasan ini tidak dinaikan banner menuntut Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai Ahli PArlimen PAS (tiket PAS tapi hati nurani UMNO) orang seperti ini tidak dikeji, dimaki hamun, masih lunak dengan musuh dalam selimut PAS Kelantan. Masih boleh tidur bersama dan bermimpi lain lain. Dimanakah Maruah PAS Kelantan yg dipijak dan diratah oleh Ibrahim Ali, pemimpin PAS Kelantan masih tersenyum gembira. Value ibrahim ali lebih tinggi dari nilai ust nasharudin kerana Ibrahim ali org kelantan, walau sebanyak mana petaka yg ditimbulkan pemimpin pas kelantan tetap berlapang dada, berharap moga ibrahim ali berubah menjadi lebih dari semalam.

Ulasan