Dari belukar ke Istana Diraja, ARUS DERAS menghanyutkan

Salam kepada pejuang-pejuang yg telah lama berkubur, meninggalkan dunia fana menghadap tuhan semesta alam. Pada tahun-tahun 80an ahli-ahli PAS tidak seramai sekarang, sekarang PAS telah mempunyai ahli hampir sejuta ahli. Berbagai karenah, feel perangai, akal cerdik pandai, kumpulan pemikir agung, PAS telah mempunyai segala-galanya. Dari pemimpin yg hanya berkopiah putih, berkain pelikat, hanya mempunyai harta sebuah basikal, pinjam kenderaan member untuk memberi ceramah, setiap jumaat penuh masjid mengikuti kuliah agama dari pulau melaka ke Rusila. Penyokong dan pejuang PAS tidak pernah hanyut, sentiasa wala' kepada pemimpin. Tidak pernah penyokong atau pejuang PAS meminta pemimpin atasan letak jawatan seperti sekarang. Kerana hanya tersilap (betul ke mereka tersilap) bukan kah mereka juga manusia biasa. Mana ada pemimpin yg tidak melakukan kesilapan. betul ke dengan kesilapan ini pas kehilangan sokongan atau hanya mereka yg menulis diblog akan kehilangan sokongan kalau mereka tidak menulis seperti kehendak pembaca segelintir yg mahukan begitu.
Blogger ahli PAS telah meletakan banner menyuruh pemimpin PAS meletakkan jawatan, betapa bahayanya ahli PAS seperti ini, bercakap hanya bersandarkan nafsu bukan hanya akal dan dalil dari alquran dan sunnah. Oleh kerana beliau ahli PAS bermakna mereka berhak mengutarakan apa saja yg terlintas dikepala hotak mereka. Betul sangat ke pemikiran mereka. Berapa ribu atau ratus ribu ahli PAS yg mahukan pemimpin atasan meletak jawatan. Atau hanya tuan punya blog sahaja. Kenapa mereka tidak letak no ahli PAS yg mahu pemimpin yg baru dipilih meletakkan jawatan. Buat memo untuk dihantar ke Setiausaha agung atau dihantar kepada Dewan Harian PAS atau MAjlis Syura PAS. "ATAS PERMINTAAN AHLI-AHLI" kalau hanya seorang sahaja adakah perlu kita melayan orang seperti ini. Kalau penyokong PAS sudah meletakkan kelebihan diri sendiri melebihi kepimpinan, taksub kepada kebijaksanaan diri sendiri, orang lain tidak sepandai dia, tidak secekap dia atau dia sahaja yg betul. Akan punah le satu organisasi, bercakap senang tapi melaksanakan amat susah dan payah. Pahit getir perjuangan. Hidup perlu muhasabah diri bukan munasabah pada akal fikiran yg tidak berlandaskan sunnah dan Alquran.

Ulasan