Tak sampai 24 Jam

Dalam masa 21 jam sahaja, mandela atau ghandi perak memperolehi semula kuasa di Perak, Mahkamah kangaroo pun tak selaju ini memecut, ini mahkamah telah menjadi mahkamah jamban. Hakim mahkamah rayuan telah membuat keputusan sepantas supersonik untuk meluluskan rayuan yg dibuat oleh ghandi @mandela. Walau apa jua yg diperkatakan oleh rakyat malaysia, Umno telah mempermainkan mahkamah dengan begitu berjaya. Hasrat rakyat yg menyala-yala untuk mengakhiri masalah pertikaian krisis di perak malap semalap malapnya. Dengan tindakan mahkamah rayuan membuat keputusan secepat kilat menyebab rakyat malaysia sudah terduduk dan hanya mampu menangis ditepi semak samun dan minum air longkang. Berjaya sunggun umno mempermainkan institusi kehakiman.
Dengan berjayanya rayuan yg dibuat oleh mandela/gandhi, rakyat tidak perlu lagi mengharapkan mahkamah untuk menjalankan keadilan yg diharapkan oleh rakyat. Dengan seperti hujah yg diutarakan oleh Bung Mokhtar dari kinabatangan bahawa rakyat tidak pernah menolak BN, beto le kata Bung mokhtar. Rakyat memang tidak menolak BN cuma rakyat tidak mahu lagi BN memerintah Malaysia. Dimanakah lagi Rakyat perlu membawa nasib dipermainkan oleh pemerintah yg kejam seperti BN.

Ulasan