Minyak oh minyak

Mulai september 2009 rakyat malaysia akan menikmati minyak RON95 yg baru, adakah minyak baru ini menambah kekuatan kereta atau kelajuan sesebuah kereta, Dalam kesempitan rakyat malaysia sekarang Menteri KPDNHEP yg menggantikan Sirambut Putih dengan rambut gaya ala-ala gaya masakini, rambut putih ditepi, telah menetapkan bahawa pada 1 september 20009 untuk menaikan kadar harga minyak kepada Rm2.00. Apakah malangnya nasib rakyat malaysia yg memilih pemimpin yg hanya pandai berkata kata mcm burung tiong, tidak pandai langsung untuk mencorak pimpinan untuk memberi keselesaan kepada rakyat marhaen. Betapa celakanya pemimpin Malaysia sekarang, Dengan trend penurunan minyak hanya berhenti pada satu kadar yg mana memberi keuntungan yg maksimum kepada kerajaan.
Rakyat Malaysia sekarang berada dalam keadaan memberikan subsidi kepada kerajaan bukannya kerajaan yg memberi subsidi kepada rakyat. Sampai bila rakyat malaysia akan sedar akan hal ini. Setiap hari beratus juta ringgit malaysia telah masuk ke dalam poket kerajaan. Kerajaan melaungkan sebanyak mana subsidi yg diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Pada hakikat sebenarnya rakyat malaysia yg memberi subsidi kepada kerajaan. Sampai bilalah rakyat malaysia akan sedar akan hakikat ini? Setiap hari media massa kerajaan akan memberi mesej kononnya kerajaan sekarang mendahului rakyat dari perkara yg lain tetapi dalam dunia realiti kita diperbodohkan dan dipermainkan seperti bola ditendang kesana kemari. Betapa hinanya penulis yg menulis bukan bersandarkan kepada fakta-fakta semasa tetapi kepada pembohongan yg begitu ketara.
Dengan penukaran jawatan menteri, mungkin ada sirna disebalik kegawatan ekonomi tetapi konsep perlaksanaan tetap sama, menghumban dan mengkebumikan rakyat dalam kegawatan ekonomi yg semakin mencengkam hidup rakyat malaysia. Rakyat masih bersorak gembira dengan pengumuman kerajaan untuk membantu rakyat utk keluar dari kegawatan ekonomi. Pengumuman Budjet yg bernilai berbillion hanya untuk mengkaburi mata rakyat malaysia. Dimanakah nilai budjet yg diumumkan. untuk siapa budjet tersebut. Penipu akan terus menipu rakyat malaysia yg semakin hari semakin buta, pekak dan bisu. Hanya pandai bercakap dalam kedai kopi mengenang nasib malang menimpa mereka. Mengeluh kesah mengenangkan kesempitan hidup. Dalam masa yg sama kalau ada PR kecil dikawasan mereka, mereka tetap mengundi kepada pemimpin yg zalim. lepas habis mengundi, mereka kembali ke kedai kopi dan terus merintih, mengomel dengan keadaan ekonomi yg semakin gawat. di amerika seorang ceo telah menjadi penghantar makanan segera kerana syarikat mereka telah tutup. Terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasik.Apakah kerajaan malaysia begitu kebal dari kegawatan ekonomi yg melanda dunia sekarang.
Dengan kadar pemborosan perbelanjaan yg dilakukan oleh pemimpin, malaysia akan mengalami nasib yg lebih teruk dari yg dijangkakan oleh pihak penganalisa ekonomi.Ekonomi sekarang hanya cover makeup seperti pompuan tua yg diberi sentuhan baru. kedut tetap nampak tapi dalamnya siapa yg tahu. Pemimpin sekarang berbohong dan menipu rakyat dengan angka-angka yg dicipta konon ekonomi malaysia berada dalam keadaan kebal dari kegawatan ekonomi. Rakyat malaysia terus diberikan mimpi-mimpi indah dan akan terus bermimpi. Sampai bila rakyat Malaysia akan bangun dari tidurnya yg panjang kerana dibuai-buai dengan keadaan selesa. Adakah rakyat Malaysia akan terus tertido dengan mimpi-mimpin indah yg panjang atau bangun menghadapi realiti yg semakin mencabar minda.

Ulasan