DS Nizar MB Perak Yg SAH

Takbir Takbir Takbir Maha suci allah taala. Akhirnya kebenaran dan ketelusan perjuangan telah diberikan kemenangan oleh ALLAH Taala. Benar kata speaker perak Kemenangan DS Nizar adalah kemenangan untuk rakyat dan keadilan. Kemenangan DS Zambry adalah kemenangan bagi iblis.
Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.
Pusingan pertama PR telah menang, Bagaimana dengan round ke dua. Apakah akan berterusan? atau BUBARKAN AJE DUN PERAK. Adakah Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya semula. Bangun dengan segala kekuatan atau hanya mengharap simpati dari undi rakyat.Atau mengharapkan penulis-penulis blog untuk mengatur strategi dan membina kubu yg ampuh untuk menahan serangan dari pihak musuh.
Penulis blog boleh menulis apa saja yg terlintas difikiran dan apa yg ada dalam otak mereka, menghentam dan menyerang sesiapa saja yg tidak sama dengan aliran otak mereka. Walaupun PR mengakui kekuatan penulis blog skrg lebih memihak kepada pakatan rakyat adakah mereka ini tidak akan berpaling dari perjuangan, mereka tidak kenal erti susah, pahit jerih,berkempen, mendirikan bangsal parti, diugut, ditumbuk, dipinggirkan oleh masyarakat kerana berlainan ideologi, berkongsi makanan, berkongsi minuman kerana tidak duit untuk membeli minuman dan makanan, Pejuang dulu tidak pernah merungut walaupun mereka dihina, diugut dan diberi layanan warga negara kelas ketiga. Mungkin blog mereka diikuti diseluruh dunia dan ini bukan lesen untuk mereka memberi pandangan yg jelek kepada pemimpin-pemimpin yg telah lama berjuang. Tanpa mereka pemimpin lama dalam pembangkang keadaan sekarang tidak akan wujud seperti sekarang.
Ini adalah pandangan peribadi seorang yg telah lama dalam pembangkang. Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa, Yang baik datang dari ALLAH yg buruk datang dari diri saya sendiri. ALLAHUAKABAR

Ulasan