Terengganu dapat Ketua Baru (Orang Johor)

wow menakjukan, Mb tercokoh tidak dipilih menjadi ketua perhubungan negeri sendiri.Hebat sangatkah sham sehingga kan dipilih untuk mengetuai UBN Terengganu. Kenapa org UMNO Terengganu tidak cerdik atau terlalu bangang untuk mengetuai UMNO. Apakah Terengganu telah jatuh ke tangan pembangkang. Dengan adanya org melayu yg terlampau taksub dan bangang dapatlah UMNO memerintah Terengganu lagi dan dapat mengaut dan mentankedarah harta rakyat terengganu. Apakah hebat sangat sham dari Johor yg hanya menang di sembrong yg mana daerah yg diwakilinya adalah kawasan yg tersisih dari pembangunan dengan keadaan jalanraya yg menghubungkan daerah pontian dengan muar. Apakah org yg memimpin daerah mundur dinegeri johor layak menjadi ketua di negeri terengganu. Budaya apakah yang akan diperkenalkan di negeri terengganu budaya lemah gemalai,
Betapa baculnya umno Terengganu kerana membiarkan bukan rakyat negeri ini memimpin UMNO, kerana terlampau taksub dengan laporan penderhaka sultan Ros ol bersama deris telah menjual dan melacurkan Negeri Terengganu. Apakah yg tinggal untuk org Umno negeri Terengganu. sudah le hanya sekor menteri penuh yg dilantik itupun menteri cap ayam. menteri belia dan sukan adalah menteri yg umpama hanya melukut ditepi gantang. Ini mungkin hadiah kepada UMno negeri terengganu kerana kegagalan Deris Natang menjadi menteri penuh kerana sultan murka. Apakah umno Terengganu sanggup membiarkan deris dan sekutu natangnya menjual negeri terengganu kepada org Johor yg telah lama menjual dan mengadai Johor kepada singapura. Terengganu sekarang diperintah oleh pembangkang atau najib memang tak mahu lagi kepada Umno terengganu. Kalau ini lah pemikiran yg ada dalam pemikiran najib menganaktirikan negeri terengganu. Pastikan PRU13 akan menjadi milik pembangkang hantar mesej yg jelas kepada persekutuan.
Tidak pernah dalam sejarah Umno terengganu berketuakan org negeri lain kecuali semasa pemerintahan PAS dulu. Dimana Deris Jusoh, Dimana Nasir berahim, dimana Mat Jidin, dimanakah maruah mereka sebagai pemimpin utama negeri terengganu sampaikan Najib sanggup menjatuhkan maruah mereka sebagai pemimpin. Tidak layakah mereka memimpin negeri sendiri, Sudahlah lama pemimpin Umno Terengganu dianaktirikan. Berapa keratkah pemimpin umno terengganu yg menjadi menteri penuh di peringkat pusat. sampai sekarang pun hanya seorang sahaja menteri penuh di peringkat pusat itupun menteri cap ayam. Tidak bernilai walaupun sesen kepada Najib. hebat sangatkah Umno negeri lain. Zambri yg menjadi MB secara haram pun dilantik menjadi ketua perhubungan negeri Perak inikan Mat said yg menjadi MB secara sah dan dilantik oleh Baginda Sultan Terengganu.
Betapa malunya negeri terengganu kerana pemimpin umno tidak pandai memimpin, hanya seorang naib presiden yg dihantar untuk menjadi ketua. Naib presiden no 3. begitu hinanya Umno terengganu dibuat oleh Najib. Tak sampai sebulan menjadi Presiden Umno dan perdana menteri, kita tengok le nanti dalam masa 6 bulan mungkin Menteri Besar Terengganu pulak akan ditukar dengan Menteri Besar Lain. atau najib akan menlantikan org negeri lain untuk menjadi MB Terengganu. Jangan ketawa dulu, semua benda boleh berlaku kalau najib yg memerintah Malaysia.
wahai mat said kau bubarlah Dewan Undangan Negeri Terengganu, kita sama tengok sesiapa yg berkuasa selepas ini, kita pastikan Terengganu mendapat pemimpin sebenarnya dari negeri terengganu bukannya ketua yg didatangkan khas dari negeri yg telah tergadai kepada singapura mungkin tanah terengganu akan tergadai lagi dan lagi seperti yg berlaku kepada Johor kalau kita membiarkan org Umno negeri Johor memerintah negeri terengganu. Tidak ada yg mustahil dalam masa sekarang. Hampir separuh negeri johor telah dimiliki oleh org singapura sanggupkah kita negeri terengganu menjadi sedemikian rupa. Ayuh bangkit Mat said membuang onak dan duri kepada rakyat terengganu. Jangan kerana kuasa mung menggadaikan Negeri Terengganu, rakyat terengganu bersama mung Mat Said, waktu ini adalah masa yg paling sesuai untuk mung menunjukan kepada Umno pusat betapa gedebe mung ni. Pastikan semula ketua perhubungan umno adalah milik mung.
Kalau mung bubarkan Dewan undangan Negeri, mung dapat membuang semua penentang dan penderhaka sultan dalam kerajaan mung sekarang. Buang semua ADUN yg tidak peduli tentang nasib rakyat terengganu dan juga penderhaka kepada Sultan Kita. Jasa mung mat said akan dikenang oleh rakyat terengganu sepanjang hayat kerana sanggup menentang arus menyelamatkan negeri terengganu dari jatuh kepada pengadai tanah melayu. Kalau mung hilang kuasa pun nama mung tetap disanjung oleh rakyat dari mati meninggalkan nama pengadai maruah rakyat negeri terengganu. Percayalah tak akan sampai sebulan org singapura akan turun ke negeri terengganu kerana dah ada pengkhianat dalam negeri. Dan dalam masa setahun adalah tanah negeri terengganu akan tergadai atas nama pembangunan negeri.

Ulasan