Selamat Datang Ke Jalan Sehala

















Kesesakan yg semakin teruk dengan penyelenggaraan Jalan oleh MBKT, Jalan 2 hala ditukar kepada jalan sehala, mengikut pengiraan memang beto apa yg dilakukan tapi kerja-kerja pengubahsuaian yg dilakukan tanpa dimaklumkan kepada pengguna jalanraya terlebih dahulu menyebabkan kesesakan teruk. Jabatan Perancang bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak melakukan kajian ke, atau hanya buat ujikaji sahaja tanpa mengambil kira berapa banyak pembaziran yg dilakukan oleh jabatan kerajaan.
Pengguna jalanraya juga mengalami kerugian kerana menunggu terlampau lama sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi. Ubah suai ini adalah amat perlu kepada perancangan yg teliti sebelum melaksanakan satu satu pengubahsuaian. Jangan lah dilakukan perubahan hanya untuk memenuhi tembolok suatu pihak dan bukan untuk kesenangan rakyat negeri terengganu. Dengan melakukan pengubahsuaian kepada jalanraya dari satu line ke dua line menyebabkan kontraktor jalan dapat membolok jutaan ringgit rakyat boleh bersabar jika keadaan ini dilakukan untuk kesenangan dan kemudahan rakyat terengganu, jangan sampai seperti tikus membaiki labu semakin rosak dan merosakan. dulu lancar skrg mcm kura kura.

Ulasan